NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TH: Cara fikir kita berbeza


Izinkan saya berbeza pendapat.

1. Saya perhatikan sebahagian dari kita terutama yang terdidik dalam bahagian kewangan agak jumud pada kiraan nombor dan pematuhan guideline sehingga kadang-kadang tidak membebaskan anda untuk berfikir denga creative untuk objektif yang lebih besar.

2.
Konsep conservatism dan prudence yang sebati dalam jiwa membentuk pemikiran menjadi “black and white” people dan sangat sukar menerima “grey” people. Saya masih ingat seorang Senior Vice President di syarikat saya berkata kepada bahagian kewangan kami “You guys are doing business with yourselves”. We were startled by that comment but made us think.

3. Kita melihat beberapa “pakar kewangan” juga nampak hampir tenggelam dalam lubuk technicalities. Technicalities adalah “manmade”. Allah bagi kita kebijaksanaan untuk berfikir creative untuk mencapai objective yang lebih besar.

4. Islam itu sendiri banyak mengajar kita untuk berfikir dalam konteks yang besar. Saya bagi contoh yang mudah, dalam dunia perakaunan dan kewangan yakni dunia kiraan atas kertas, derma tidak membuat akaun anda lebih baik. Mana mungkin orang yang berbahas dari sudut teknikal melihat kewarasan Saidina Abu Bakar r.a mendermakan seluruh hartanya. Konsep kewangan traditional ialah semakin banyak derma semakin rugi. Tapi kita orang Islam berfikir dalam konteks yang lebih besar yakni barakah. Mereka ada ambik sikit konsep itu dengan menamakannya CSR tapi tidak sampai kepada barakah dalam definisi kita.

5. Sama juga subsidi bukanlah sesuatu yang baik bila ditolak campur atas kertas. Tapi yang melihat dalam konteks yang lebih besar akan berfikir berbeza. Dalam konteks subsidi haji umpamanya, saya risau bila mereka yang patut bercakap dgn nilai taqwa memberi bayangan kemungkinan melupuskan subsidi haji di masa depan dengan menekankan lebih kepada istito’ah sedangkan ia patut dilihat lebih dari sudut barakah. Mereka bercakap tentang “hadiah” jadi ikut suka nak bagi atau tidak sedangkan kita melihat pada sisi yang lebih besar. Kita dalam TH umpama satu keluarga yang menolong satu sama lain. Bayangkan seorang adik yang tidaklah susah tapi sedikit pertolongan akan cepatkan proses mampu untuk pergi haji, tiba-tiba abang dia cakap “kau belum mampu tak payahlah pergi, janganlah asyik harap subsidi dari aku”. Ayatnya tidaklah begitu, tapi itulah maksudnya. Tidak selayaknya berkata begitu sesama adik beradik. Malah mengingatkan adik beradik bahawa ini hanya hadiah seolah-olah agak kasar. Bila saya baca begini, saya fikir jumudnya pemikiran, tidak selari dengan konsep tabung keluarga orang Islam. Ada juga rasa sakit hati membacanya.

6. Orang “perakaunan international” yang kita buat reference itu tak mungkin boleh faham konsep ini. Tapi kita biarkan diri kita tenggelam dalam technicalities mereka. Sebab kenapa TH diterajui oleh Islam ialah sebab pendekatan dan pemikiran kita sepatutnya berbeza. Bila kita mahu bercakap dalam acuan sama dengan mereka, ianya jadi tidak kena.

7. Saya juga pelik umpamanya bila pemberian dividen TH tinggi beberapa tahun yang lepas jadi perdebatan. Dulu bergolek kalau umum dividen rendah, sekarang bergolek sebab dulu beri dividend tinggi. Peningnya. Saya dan anda tidak pernah benar-benar rasa rugi sehingga hari dividen 1.25% diumumkan. Ya, kita boleh go through technicalities dan boleh berdebat till the cow goes home tapi tidak akan berjumpa titik temu sebab satu pihak fokus pada technicalities tapi satu pihak fokus kepada big picture. Saya ulang, technicalities adalah “man-made”, terpulang pada kebijaksanaan kita supaya bigger objectives are met.

8. Juga saya nampak kecenderungan berfikir dengan memusatkan perhatian pada satu titik sahaja sedangkan setiap sesuatu adalah sebahagian dari rantaian yang lebih besar. TH itu adalah sebahagian dari ekonomi yang lebih besar. Apabila dividen tinggi, pendeposit akan berbelanja lebih dan memulangkan wang lebihan ini kepada ekonomi. Apabila ekonomi rancak, keyakinan pelabur akan naik. Bila keyakinan pelabur kembali ini akan diikuti kenaikan harga saham yang kemudiannya mendatangkan kebaikan pada pegangan saham TH juga.

9. Juga ramai orang islam yang kaya menyimpan jutaan dalam TH menggunakan dividen yang tinggi itu untuk kebaikan ummah dengan redistribute what they get to those in need.

10. Dividen tinggi juga encourages rich muslims to save here dan akan menaikkan nilai zakat yang kemudian akan kembali kepada ekonomi orang Islam. Ini yang kita kata melihat konteks menyeluruh. Tapi kalau asyik tengok satu step saja, memang tak nampak.

11. Ramadhan tahun ini, seluruh ekonomi Islam akan short by $2-$3bil in cash dividends yang selalunya berlegar dalam ekonomi Islam dalam berbagai bentuk termasuk bantuan buat masjid, bantuan anak jiran yang perlu bantuan belajar, bantuan ramadan yang bakal tiba dan sebagainya. Contoh kalau seorang Muslim ada 2 juta ringgit dalam TH dan menganggar dividend sebanyak 5% bersamaan RM100ribu. Dia menganggar 50% atau RM50 ribu dari dividend ini mahu diinfak kepada pembinaan masjid. Tapi tiba tiba dapat RM20 ribu saje dividend jadi jumlah yang diinfaq juga akan berkurang. Mungkin lebihan lagi RM50 ribu digunakan untuk umrah yang akhirnya pergi kepada syarikat umrah islam. Ianya adalah satu rantaian ekonomi dan bantu membantu. Dari sinilah timbul barakah.

12. Sama juga dengan ratiban kemusnahan TH. Hari hari kita ambik pendekatan burukkan keluarga kita. Walaupun kalau sebahagiannya benar, ia tak membantu institusi keluarga kita ini. Tahi yang dilempar pasti ada yang terpercik ke muka sendiri.

13. Bagi saya perbalahan hari ini ialah kerana perbezaan approach. Seperti membetulkan seorang anak yang agak nakal tapi sebenarnya banyak potensi.

14. Pimpinan terdahulu mengambil approach lebih kepada “big picture” memastikan anak ini terus diyakini masyarakat dengan selalu menonjolkan kebaikan anak dan mungkin handle keburukannya didalam rumah tanpa bising2 pada jiran dan masyarakat - manakala pimpinan sekarang mengambil approach merotan anak ini didepan masyarakat, menghebahkan segalanya - dengan pergi kepada pelbagai technicalities, ada yang benar ada masalah, ada pula yang adat berniaga dan ada hanyalah masalah cara rekod - sebagai bukti dia seorang ayah yang transparent untuk tunjuk kepada masyarakat that he is doing something about him.

15. Both approach pun akan ada yang kritik dan ada baik buruknya - sebab tidak ada yang perfect. Cuma saya lebih kepada pendekatan yang dulu sebab pada penerhatian saya dalam pendekatan lama fokusnya pada anak tapi pendekatan baru fokusnya lebih untuk ayah kelihatan bagus. Dalam pimpinan baru ini, setiap hari dalam kampung asyik letih membawang pasal anak dia saja sehingga mungkin hilang fokus pada anak anak yang lain. Susutnilai (atas kertas) TH 4.1Bil disebut setiap hari tetapi kerugian nyata yang lebih besar seperti Bursa Malaysia yang jatuh 200 anak mata dari tarikh PRU14 sehingga kini (dianggarkan dengan nilai $280Bil) tidak mendapat fokus. Penny wise pound foolish.

Mungkinlah cara fikir kita berbeza.

Wallahua’lam, maaf kalau ada tersilap bahasa. Tulisan ini bukan untuk berbalah sebab tak mungkin ada titik temu bila melihat dari sisi berbeza tapi sekadar mengajak kawan kawan berfikir dengan jiwa yang lebih besar. Tidak ada niat lain dalam tulisan ini kecuali untuk kebaikan ummah.


Hamba Allah
Binjai 8, Kuala Lumpur

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157097072336358&id=562251357

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo