Negeri Terengganu Darul Iman bakal melakar sejarah dengan kehadiran semua warga pendidik dari seluruh pelusuk tanah air dengan penganjuran Himpunan Pendidik Islam Malaysia 6.0 (HPIM) Peringkat Kebangsaan 2019, yang akan diadakan pada 13 April 2019 ,Sabtu ini.
Himpunan Pendidik Islam Malaysia 6.0 ini diadakan untuk menghimpunkan semua warga pendidik dan asatizah dari pelbagai institusi pendidikan seperti warga pendidik dari sekolah agama rakyat(SAR),tahfiz,madrasah,pondok ,SMITI,SRITI,PASTI dan dari pelbagai institusi pendidikan .
Himpunan ini diadakan juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap warga pendidik dan aktivis pendidikan serta NGO dalam usaha memartabatkan dan menghargai warga pendidik dalam persada pendidikan negara .Di samping itu juga inilah suatu platform dan wadah di mana penghargaan terhadap jasa guru ,ustaz , ustazah dan para asatizah , pesara guru serta sukarelawan NGO pendidikan diserlahkan dalam suatu himpunan khas yang bakal melakar sejarah di Stadium Negeri,Terengganu ,Darul Iman .
Sesungguhnya kesabaran dan ketabahan para asatizah dalam menabur jasa, mendidik anak bangsa merupakan tugas murni bagi memastikan akan lahirnya pewaris kepimpinan masa hadapan di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Antara aturcara yang menarik adalah slot Kalam Murobbi oleh Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Abd Hadi Awang ,Tokoh Murobbi Ummah 2015 yang pernah dinobatkan ketika Himpunan Pendidik Islam Malaysia di Negeri Kedah Darul Aman .Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Parti Islam SeMalaysia(PAS).
Majlis HPIM 6 0 ini juga akan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari . Antara tetamu yang bakal hadir adalah Al-Fadhil Tuan Guru Hashim Jasin ,Mursyidul Am PAS,YB Dato' Haji Amar Bin Nik Abdullah ,Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan ,YB Dato' Johari Bin Mat,Dr.Halimah Ali serta Ustaz Azhar Idrus serta tokoh penerima anugerah dari pelbagai kategori.
Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YAB Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar ,Menteri Besar Terengganu di Stadium Negeri ,Terengganu Darul Iman.
Segala sumbangan dan infaq untuk menjayakan HPIM 6.0 ini adalah sangat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke akaun : 5628 3562 9323 atas nama PENDIDIK MANAGEMENT.Semoga menjadi 'Saham Akhirat' buat kita dan moga diberkati kehidupan di dunia dan di Akhirat .
Semoga program anjuran kerajaan negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh YB Satiful Bahri Bin Mamat, Exco Pelaksanaan Syariah,Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu dengan kerjasama Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK) dan IMIT-S(Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera) akan menyerlahkan lagi wibawa kerajaan negeri Terengganu di bawah slogan Terengganu Maju,Berkat & Sejahtera .
Normala Sudirman ,Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) ,selaku pengarah program merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Negeri Terengganu Darul Iman menjadi penganjur bersama dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membentuk modal insan yang cemerlang dan gemilang bersesuaian dengan tema himpunan pendidik pada kali ini iaitu "Guru Pembina Generasi Rabbani".
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama KU...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment