INDIVIDU berkemahiran tinggi, kreatif dan berfikiran kritis bakal menjadi rebutan majikan pada masa hadapan. Kompetensi berteraskan keperluan Industri 4.0 ini merupakan agenda besar yang bakal mengubah landskap pasaran buruh dan kemahiran warga organisasi.
Situasi ini memperlihatkan persaingan tinggi sesama calon dalam temuduga dan pastinya akan memihak kepada individu yang memiliki dan menguasai kompetensi yang diperlukan oleh Industri 4.0.
Sebagai seorang pekerja atau sumber manusia dalam era perubahan persekitaran dan persaingan amat memerlukan sumber manusia yang cepat proses pembelajarannya.
Masa dan proses pembelajaran yang terlalu panjang yang diambil oleh seseorang pekerja akan melibatkan kos yang besar kepada organisasi. Sepatutnya dalam situasi organisasi masa kini, tempoh masa pembelajaran pekerja menjadi lebih pendek.
Masa yang lebih lama diambil oleh seseorang pekerja menyukarkan organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam waktu singkat. Tambahan pula era persaingan yang terlalu mendesak, organisasi tidak mampu menunggu terlalu lama dan melaburkan jutaan ringgit dalam latihan dan pembangunan.
Walaupun latihan demi latihan diberikan secara berterusan oleh organisasi, namun pekerja masih menunjukkan prestasi pembelajaran yang agak perlahan. Tidak cukup dengan latihan, ditambah pula dengan teguran dan nasihat yang diberikan berulang kali menjadikan tugas melatih pekerja menjadi terlalu sukar.
Mengapa masa pembelajaran pekerja menjadi terlalu panjang sedangkan ia sebenarnya boleh diterapkan dalam masa singkat? Penemuan kajian menunjukkan tempoh masa pembelajaran yang panjang disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya ialah hambatan mental individu (mental block). Sebenarnya pengaruh utama hambatan mental adalah keyakinan, perasaan dan hal-hal lain yang sudah terbentuk sejak awal kehidupan. Hal sedemikian rupa yang ditambah dengan pengaruh persekitaran akan menyukar penerimaan seseorang terhadap sesuatu pembelajaran baharu.
Mental yang ditutup dari menerima dengan mudah atau bertingkahlaku yang sepatutnya, menjadikan pengalaman pembelajaran adalah sesuatu menyukarkan.
Faktor berikutnya yang menyebabkan pembelajaran seseorang menjadi perlahan ialah apabila seseorang sukar untuk keluar dari zon selesanya. Membina kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya tidak akan dapat dilakukan seandainya seseorang tidak sanggup keluar dari zon selesanya. Perasaan seseorang individu yang berkait dengan zon selesa telah menutup minda seseorang untuk terus mempelajari pengalaman baharu. Suatu cara untuk mengurangkan rasa takut keluar dari zon selesa tersebut adalah melalui latihan dan pembangunan bagi meningkatkan keupayaan dan kelebihan diri.
Ditambah dengan keupayaan menyesuaikan diri dan persediaan mental yang rapi, seseorang individu yang terdidik mampu menambahbaik dirinya dan mudah untuk keluar dari zon selesa.
Keyakinan diri (self-efficacy) dilihat turut menyebabkan seseorang individu mengambil masa yang lama untuk mempelajari sesuatu aspek baharu dalam kerjaya dan organisasi.
Kajian menunjukkan keyakinan diri merupakan asas yang memudahkan seseorang menerima pembelajaran baharu. Tanpa keyakinan diri menyebabkan seseorang individu berasa rendah diri, mudah menerima seadanya dan hilang motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Kesediaan dan motivasi pekerja untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan dan menjayakan matlamat organisasi boleh juga dijadikan penyebab mengapa tahap pembelajaran seseorang individu menjadi perlahan.
Kesediaan merujuk kepada faktor peribadi para pekerja seperti kebolehan, sikap dan kepercayaan terhadap input baharu yang bakal dipelajari. Motivasi pula adalah keinginan mereka untuk mendapatkan input baharu tersebut.
Untuk menjadikan peserta lebih bersedia dan bermotivasi dalam proses pembelajaran, program latihan dan pembangunan mestilah menonjolkan kepentingan program kepada seseorang individu (misalnya untuk kenaikan pangkat). Selain itu, satu persekitaran latihan yang sesuai perlu diwujudkan supaya para peserta berasa selesa dan senang mengikuti pembelajaran. Pengaruh Persekitaran
Persekitaran latihan kondusif yang menggunakan penekanan positif, mengurangkan ancaman dan dendaan serta membenarkan peserta menetapkan matlamat peribadi mampu menjadikan tempoh masa pembelajaran seseorang individu semakin pendek.
Dalam era perkembangan teknologi maklumat, organisasi menjadi semakin kompleks. Ini disebabkan oleh aktiviti pengecilan (downsizing), pengurangan hierarki (delayering), penggabungan dan pengambilalihan.
Apabila aktiviti-aktiviti ini berlaku ke atas sesebuah organisasi, individu yang berada di dalamnya akan berhadapan dengan pelbagai perubahan seperti terpaksa melakukan tugas yang pelbagai atau menerima beban tugas yang lebih banyak daripada sebelumnya.
Ini sedikit sebanyak mewujudkan stres dalam diri individu yang menyebabkan kesukaran individu menerima pembelajaran baharu.
Perubahan persekitaran perniagaan yang dinyatakan di atas tentunya membawa kepada perkembangan teknologi yang drastik dalam organisasi.
Bagaimanapun tidak semua individu boleh menerima dan mengikuti perubahan teknologi dengan hati yang lapang dan terbuka. Sudah pasti ada dalam kalangan mereka yang sukar menerima perubahan kepada teknologi baru yang mengakibatkan teknofobia.
Teknofobia yang berterusan boleh mengakibatkan teknostres. Teknostres terjadi kerana ledakan kemajuan teknologi komunikasi dan ICT yang pantas dalam kehidupan manusia. Perasaan takut, bimbang, kurang yakin dan gusar akibat teknologi ini menyebabkan ketidakupayaaan seseorang individu mempelajari dengan mudah sesuatu pembelajaran yang baharu.
Kesedaran terhadap fakta-fakta yang dinyatakan di atas mampu menghuraikan tentang kesukaran seseorang mempelajari sesuatu dalam tempoh masa yang singkat dan menyebabkan pelaburan yang besar dalam latihan dan pembangunan.
Terimalah hakikat bahawa organisasi dan persekitaran kini bukan lagi seperti dahulu dan setiap individu perlu peka dan pantas mempelajari sesuatu yang baharu.
Janganlah kewujudan kita dalam organisasi diibaratkan seperti mengasah belakang parang yang akan tajam akhirnya selepas kos dan tenaga yang banyak dicurahkan.
* Penulis ialah Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment