NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tabung Haji Perlu Di Kembalikan Kepada Matlamat Asal Penubuhannya.

Setelah menanti sekian lama pengumuman hibah Tabung Haji oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa, akhirnya terjawab hari ini. Pengumuman hibah sebanyak 1.25% bagi tahun kewangan 2018 adalah yang paling rendah dalam sejarah Tabung Haji sejak penubuhannya.

Bagi tahun kewangan 2017, hibah oleh Tabung Haji adalah sebanyak 6.25% manakala bagi tahun kewangan 2016 adalah sebanyak 5.75%. Alasan yang di berikan akibat daripada jumlah pengurangan hibah yang di bayar adalah salah guna kuasa dan kelemahan kerajaan terdahulu menguruskan Tabung Haji.

Semenjak PH menang PRU 14 dan menjadi Kerajaan, setiap kelemahan yang terdapat di peringkat Kementerian mahupun agensi Kerajaan jawapannya adalah salah guna kuasa dan kelemahan kerajaan terdahulu. Saya harap cukuplah jawapan yang tersebut dan memang di akui terdapat kelemahan pada Tabung Haji namun usahlah kelemahan tersebut di jadikan alasan.

Saya rasa satu Malaysia hendak tahu jawapan sebenar mengapa hibah di bayar terlalu sedikit dan keadaan Tabung Haji yang sebenar. Saya rasa satu Malaysia hendak tahu bagaimana Kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan mengendalikan SPV berkaitan aset – aset yang di pindah milik dari Tabung Haji.

Saya pasti satu Malaysia hendak tahu siapa sebenarnya mengetuai SPV tersebut dan bagaimana beliau mengendalikannya. Saya juga pasti satu Malaysia mahu orang Islam yang mengetuai dan mengendalikan SPV tersebut memandangkan Tabung Haji adalah di antara institusi Islam yang terbesar di dalam negara yang mempunyai tunai dan aset yang cukup besar di dalam mahupun luar negara.

Kerajaan perlu kembalikan Tabung Haji kepada fungsi asalnya iaitu sebagai tabungan kepada pendeposit untuk menunaikan ibadah haji berserta dengan kebajikannya. Jika benar Tabung Haji bermasalah, satu pelan pemulihan yang berkesan dan konstruktif perlu di laksanakan. Kita tidak mahu rakyat terutamanya umat Islam hilang keyakinan kepada Tabung Haji.

Tabung Haji perlu di kembalikan kepada landasan serta matlamat asalnya penubuhannya dan kembali menjadi kebanggaan umat Islam.

Muhammad Khalil Abdul HadiK ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo