NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK RANTAU: Pantun Abdul Hadi curi perhatian

ABDUL HADI AWANG berucap dalam Ceramah Perdana di Taman Angsa Mas, Rantau, di Rembau malam tadi.

REMBAU 12 April - Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam program Ceramah Perdana di Taman Angsamas, Rantau malam tadi mencuri perhatian apabila beliau turut menyelitkan pantun dalam ucapannya itu.



Empat rangkap pantun disampaikan Abdul Hadi itu menyentuh kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta mengenai hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau yang berlangsung esok.

'Buah salak buah kedondong,
Dipungut kumpul dalam baldi
Bukan salah ibu mengandung,
Silap pangkah undi.

'Sila mengundi dengan cermat
Kalau rosak nanti gugur
Pilihan kami adalah Tok Mat
Hebat menasihat, cekap menegur.

Undi rosak jadinya gugur,
Pendiriannya pula tidak tegap
Pilih yang hebat dapat menegur
Dalam memilih cakapnya gagap
Pendirian pula tidak cekap,
Semua dibawa jatuh bertabur
Kalau pilih hujahnya gagap
Nanti menyesal sampai ke kubur.'

Sementara itu, menurut Abdul Hadi lagi, rakyat perlulah memilih pemimpin yang mampu berterus-terang kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Ada yang ketika di tempat orang Melayu pakai Melayu, tempat India pakai India, tempat Cina pakai Cina. Tempat kuliah Maghrib (beri) kuliah Maghrib, tempat menari, menari.

"Ucapan saya ini tiada kena-mengena dengan mereka yang hidup atau yang sudah mati," katanya sambil disambut ketawa hadirin yang mengetahui individu yang dimaksudkannya itu. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pantun-abdul-hadi-curi-perhatian-1.881105#ixzz5krOMOZPc

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo