NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Rantau: 110 orang mengundi awal esok


SEREMBAN: Seramai 110 orang daripada jumlah keseluruhan 118 orang pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Rantau akan mengundi esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata ia melibatkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 orang anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Manakala, 8 orang pengundi yang terdiri daripada tentera akan mengundi secara pos.

“Kedua-dua pusat pengundian awal akan dibuka mulai jam 8.00 pagi dan ditutup pada jam 12:00 tengah hari. Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh setiap ejen-ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang terdiri daripada wakil organisasi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah dilantik oleh SPR. Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada Hari Pengundian pada 13 April ini di pusat pengiraan undi berkelompok di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan dan akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding serta pemerhati pilihan raya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo