NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Populariti PH merosot dalam kajian 'kepuasan hati rakyat'


BN telah berjaya mengalahkan Pakatan Harapan dari segi kepuasan hati rakyat, menurut satu kajian.

Kajian Kajidata Research Sdn Bhd dijalankan melalui tinjauan telefon bulanan dengan menghubungi 9,071 responden dari semua 222 kawasan Parlimen sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

Sentimen memihak PH memuncak pada bulan Jun, sebulan selepas pilihan raya umum ke-14, dengan mencatatkan 73.6 mata tetapi turun kepada 57.2 mata pada Disember.

Mulai Disember 2018, rasa puas hati responden terhadap BN mengatasi gabungan pemerintah.

Dengan indeks tertinggi pada 67.2 mata Jun 2018, skor gabungan pembangkang turun kepada 58.2 mata menjelang akhir tahun ini.

Responden diminta untuk memberi markah antara 0 hingga 100 mata kepada PH dan BN berhubung kepuasan hati mereka.

Rasa tidak puas hati belia

Khususnya, golongan muda (berusia 21-40 tahun) nampaknya paling tidak berpuas hati dengan kerajaan baru.

Segmen itu mencatatkan 76.2 mata buat PH pada bulan Jun, yang lebih tinggi daripada kadar purata. Ini menjunam kepada 54.2 mata pada bulan Disember, lebih rendah daripada kadar purata


Rasa puas hati golongan belia dengan BN juga menurun dalam tempoh ini tetapi pada tahap yang lebih rendah. Sentimen terhadap bekas kerajaan itu melepasi tahap PH dengan 2.6 mata pada Disember 2018 iaitu pada 56.8 mata.

Kajian lanjut mendapati bahawa keyakinan rendah responden terhadap pengurusan ekonomi PH yang telah menurun sejak 9 Mei.







No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo