1. Tahniah kepada Brunei atas keberanian dan keazaman politik dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah.
2. Sesungguhnya menegakkan syariah adalah suatu kewajipan bagi menunaikan hak Allah untuk memelihara keamanan buat manusia.
3. Sifat 'rahmatan lil 'alamin' Islam juga hanya boleh dimanifestasikan menerusi undang-undang rabbani yang adil sesuai dengan fitrah kejadiaan manusia. Manakala, berusaha mencapai maqasid sedang menolak syariat adalah retorik dusta.
4. Pendekatan melaksanakan secara berperingkat (tadarruj) undang-undang ini sejak beberapa tahun lalu pula telah sendirinya berjaya memperkenalkan dan menjelaskan undang-undang ini kepada orang awam; membangunkan keadaan yang kondusif untuk pelaksanaannya; dan meraih persetujuan dan keyakinan masyarakat terhadapnya.
5. Suara dan tindakan yang membantah dan menghalang pelaksanaan undang-undang ini adalah sia-sia dan menunjukkan tidak hormat terhadap kedaulatan Brunei. Semoga Brunei terus menjadi 'negara yang damai' (darussalam) dipayungi rahmat dan keampunan dari Allah.
Sekian.
"Islam Memimpin"
DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment