PETALING JAYA: Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mengemukakan catatan autobiografi yang ditandatangani Dr Mahathir Mohamad pada 2011 untuk membuktikan kepada pengikut Facebooknya bahawa catatan dari perdana menteri itu yang menasihatinya supaya berkata benar.
Ia selepas Mahathir membidasnya sebagai pekak untuk mendengar pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan, susulan penahanan rakan pendakwahnya di Perlis hujung minggu lalu.
Asri sekali lagi mempertahankan pandangan bahawa realiti politik sekarang membenarkan umat Islam dibuli dan pihak berkuasa tidak bertindak terhadap pemimpin kerajaan yang menghina Islam.
"Sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.
"Saya tidak pasti siapa yang pekak," tulisnya di Facebook.
Semalam, Asri berkata pentadbiran PH mengamalkan pilih kasih berikutan penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu atas kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.
"Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan," tulisnya.
Ketika diminta memberikan reaksi kepada kenyataan Asri, Mahathir berkata mufti itu "pekak", mengatakan pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan sekarang demi Islam dan umatnya.
"Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar," katanya.
Asri hari ini menunjukkan catatan Mahathir dalam autograf bukunya berjudul "A Doctor in the House".
"Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya," Asri memetik catatan Mahathir.
"InsyaAllah, saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri," katanya.
LOS ANGELES, 12 Januari 2025 – Kebakaran besar yang melanda Los Angeles sejak Selasa lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa da...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment