Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakruddin Fakhrurazi berkata, awalnya dimaklumkan berkenaan SPV yang dikatakan mengendalikan aset TH kemudian disusuli dengan syor pemotongan subsidi bagi pendeposit untuk menunaikan haji kali pertama atas konsep istito'ah.
"Tidak berhenti setakat itu sahaja. Baru-baru ini pengumuman hibah 1.25 peratus untuk tahun 2018 sebelum satu lagi pemakluman terbaru iaitu tidak boleh mendaftar bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah haji untuk kali kedua," ujar beliau.
Menurutnya lagi, sewajarnya kerajaan PH perlu berbincang dengan kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji, dan bukannya memberi alasan senarai menunggu yang panjang.
Sebelum ini pun pihak TH telah meletakkan syarat-syarat tertentu kepada jemaah yang ingin melaksanakannya untuk kali kedua, dan ia diakur oleh pendeposit.
"Setakat ini pendeposit masih lagi bersabar tapi jangan sampai berlaku seperti kata pepatah Melayu "sudah terantuk baru terngadah".
"Esok tunggu lagi, apa pula TH nak umum. Lepas itu menteri nak kata apa pula," ujarnya.
No comments
Post a Comment