NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dokumen Islamofobia Anis Shorrosh.


oleh:Abdul Mu'izz Muhammad
10 April 2019.

Di ambang pelancaran idea untuk mewartakan kononnya Islam sebagai ancaman utama, Amerika telah menjalankan usaha memalsukan al-Quran mengikut lunas-lunas Islamofobia dukungan mereka. Projek tersebut berlangsung selepas kejatuhan Soviet Union, selama 7 tahun dari 1991 hingga 1998.

⚫ Evangelis.

Kitab 'suci' versi Islamofobia itu dikarang oleh Anis Shorrosh (1933-2018). Beliau merupakan seorang missionari Evangelis yang lahir di Nazareth, iaitu salah satu wilayah jajahan Israel. Kita boleh menonton video perebatannya dengan Ahmad Deedat di laman youtube.

Sejak dari 1989, Anis Shorrosh mula mendakwa kononnya di dalam al-Quran terdapat kesalahan-kesalahan tatabahasa Arab. Lalu beliau merekayasa kitab 'suci' versi sendiri yang diberi judul al-Furqan al-Haq.

Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi mendedahkan bahawa usaha Anis Shorrosh mendapat kerjasama dari badan intelijen CIA & Mossad, demi menjayakan serangan pemikiran ke atas dunia Islam.

⚫ 'The True Furqan'.

Kitab 'suci' tersebut mengandungi 77 surah, setebal 366 mukasurat. Ayat-ayat bahasa Arabnya menggunakan laras bahasa klasik, kononnya meniru uslub al-Quran. Doktrin utama The True Furqan adalah:

• Mencairkan batasan iman & kufur. Lalu mendorong kepada anutan pluralisme. Bahkan cuba mengelirukan kedudukan golongan beriman agar dianggap sebagai kafir, sementara yang kafir dianggap sebagai beriman.

• Menerapkan konsep 'akhlak' agar sesuai dengan kepentingan politik Barat. Dari olahan tersebut, difahami kononnya orang yang berpegang teguh dengan iman sebagai radikal, liar & keras kepala.

• Menggambarkan kononnya ajaran al-Quran mendorong penganutnya agar berperilaku liar & 'barbaric'. Menanam persepsi kononnya umat Islam adalah pengganas yang sentiasa ketagihan berperang.

Doktrin-doktrin tersebut dipasarkan untuk melegitimasikan kempen Barat menentang Islam. Ternyata jika kita cermati garis masa ketika pembikinan The True Furqan, kita dapati ketika itu Amerika sedang galak mencipta alasan-alasan untuk menyerang dunia Islam.

⚫ Doktrin Islamofobia.

Di dalam kitab al-Furqan al-Haq atau The True Furqan, terdapat beberapa bahagian yang cukup menarik perhatian kita. Terutamanya mesej dari ayat-ayat yang tidak asing kita dengari dari golongan liberalis hari ini. Antaranya:

• Kononnya konsep kesempurnaan Islam adalah khayalan. Tuduhan ini dilemparkan oleh Anis Shorrosh melalui surah al-Mau'izah:

ŁŠŲ§ Ų£Ł‡Ł„ Ų§Ł„Ų¹ŲµŁŠŲ§Ł† Ł…Ł† Ų¹ŲØŲ§ŲÆŁ†Ų§ Ų§Ł„Ų¶Ų§Ł„ŁŠŁ† Ł„Ł‚ŲÆ Ł‚ŁŠŁ„ Ł„ŁƒŁ… Ų§ŲÆŲ®Ł„ŁˆŲ§ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų³Ł„Ł… ŁƒŲ§ŁŲ©. ŁŲ£ŁˆŲ¬Ų³ŲŖŁ… Ł…Ł† Ų§Ł„Ł‚ŁˆŁ„ Ų®ŁŠŁŲ©. ŁŁ…Ų§ Ų§Ł„Ų³Ł„Ł… Ł…Ł† Ł…Ł„ŲŖŁƒŁ… ŁŁŠ Ų“ŁŠŲ” ŁˆŁ„Ų³ŲŖŁ… ŲØŲ§Ł„Ų³Ł„Ł… ŲŖŲ¤Ł…Ł†ŁˆŁ†.

"Wahai ahli maksiat dari hamba-hamba Kami yang sesat, sesungguhnya telah dikatakan pada kamu semua agar, masuklah Islam secara keseluruhannya. Maka kamu telah didoktrin dengan kata-kata yang serba menakutkan. Sedangkan tiadalah kesejahteraan pada agama kamu sedikit pun. Dan kamu tidak beriman dengan agama yang sejahtera"

Ayat ini sengaja direka untuk memesongkan firman Allah yang terakam dalam surah al-Baqarah ayat 208. Motifnya tidak lain, untuk mengangkat kempen sekular & liberal, agar umat Islam tidak mengamalkan Islam secara keseluruhan.

• Kononnya jihad adalah ajaran menyeleweng yang tidak dianjurkan oleh Islam. Anis Shorrosh menulis dalam surah yang sama:

ŁˆŲ²Ų¹Ł…ŲŖŁ… ŲØŲ£Ł†Ų§ Ł‚Ł„Ł†Ų§ Ł‚Ų§ŲŖŁ„ŁˆŲ§ ŁŁŠ Ų³ŲØŁŠŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Łˆ Ų­Ų±Ų¶ŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł‚ŲŖŲ§Ł„. ŁˆŁ…Ų§ ŁƒŲ§Ł† Ų§Ł„Ł‚ŲŖŲ§Ł„ Ų³ŲØŁŠŁ„Ł†Ų§. Łˆ Ł…Ų§ ŁƒŁ†Ų§ Ł„Ł†Ų­Ų±Ų¶ Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł‚ŲŖŲ§Ł„. Ų„Ł† Ų°Ł„Łƒ Ų„Ł„Ų§ ŲŖŲ­Ų±ŁŠŲ¶ Ų“ŁŠŲ·Ų§Ł† Ų±Ų¬ŁŠŁ… Ł„Ł‚ŁˆŁ… Ł…Ų¬Ų±Ł…ŁŠŁ†.

"Dan kamu semua beranggapan kononnya Kami telah berfirman, berperanglah kamu di jalan Allah. Dan kobarkanlah semangat orang-orang beriman untuk berperang. Sedangkan peperangan bukanlah jalan Kami. Kami tidak pernah mengobarkan semangat orang beriman untuk berperang. Sesungguhnya yang demikian itu tidak lain, melainkan galakan syaitan yang direjam ke atas puak-puak yang berdosa"

Ayat ini merupakan sindiran ke atas surah al-Anfal ayat 65. Sebuah tuduhan betapa jihad itu tidak diperakui dalam kehidupan beragama.

• Kononnya agama Islam yang benar menganjurkan umatnya supaya bersikap dengan akhlak yang serba pasif. Akhlak yang didefinisikan menurut kepentingan Barat. Sekalipun musuh Islam melakukan pelbagai kejahatan & keganasan, maka semua itu perlu dibalas dengan kasih sayang & rahmat. Anis Shorrosh menulis di dalam surah rekaannya yang bertajuk al-Mu'minun:

Ų„Ł† Ų¹ŲØŲ§ŲÆŁ†Ų§ Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł†ŁŠŁ† ŁŲ¹Ų§Ł„ŁˆŁ† Ł„Ł„Ų®ŁŠŲ±. Ł…Ł†Ų§Ų¹ŁˆŁ† Ł„Ł„Ų“Ų±. ŁŠŲ¹Ų§Ł…Ł„ŁˆŁ† ŁƒŁ„ Ų¹ŲØŲ§ŲÆŁ†Ų§ ŲØŲ§Ł„Ł…Ų¹Ų±ŁˆŁ Łˆ Ų§Ł„Ł…Ų­ŲØŲ© Łˆ Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ų© Łˆ Ų§Ł„Ų­Ų³Ł†Ł‰. Łˆ Ų„Ł† Ų¢Ų°Ų§Ł‡Ł… Ų§Ł„ŁƒŲ§ŁŲ±ŁˆŁ† Ł‚Ų§Ł„ŁˆŲ§ Ų³Ł„Ų§Ł…Ų§. Łˆ Ų„Ł†Ł‡Ł… Ł„Ų¹Ł„Ł‰ Ų®Ł„Ł‚ Ų¹ŲøŁŠŁ….

"Sesungguhnya hamba-hamba Kami yang beriman, mereka gigih melakukan kebaikan. Tidak terkesan dengan kejahatan. Sentiasa berinteraksi terhadap hamba-hamba kami dengan santun, kasih sayang, rahmat & baik. Sekalipun mereka disakiti oleh orang-orang kafir, mereka membalas dengan kata-kata sejahtera. Sesungguhnya pada mereka akhlak yang hebat.

Ayat ini diciplak lalu diselewengkan dari surah al-Furqan ayat 63.

• Kononnya umat Islam perlu sentiasa berkasih-sayang dalam erti kata yang cukup longgar hingga tiada batas. Doktrin ini demi menghapuskan jatidiri, sekaligus cuba membunuh ruh jihad dalam jiwa umat Islam. Anis Shorrosh telah menulis di dalam surah al-Solah:

ŁŠŲ§ Ų£ŁŠŁ‡Ų§ Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† Ų¶Ł„ŁˆŲ§ Ł…Ł† Ų¹ŲØŲ§ŲÆŁ†Ų§ Ł‡Ł„ Ł†ŲÆŁ„ŁƒŁ… Ų¹Ł„Ł‰ ŲŖŲ¬Ų§Ų±Ų© ŲŖŁ†Ų¬ŁŠŁƒŁ… Ł…Ł† Ų¹Ų°Ų§ŲØ Ų£Ł„ŁŠŁ…. ŲŖŲ­Ų§ŲØŁˆŲ§ Łˆ Ł„Ų§ŲŖŲØŲ§ŲŗŲ¶ŁˆŲ§. Łˆ Ų£Ų­ŲØŁˆŲ§ Łˆ Ł„Ų§ŲŖŁƒŲ±Ł‡ŁˆŲ§ Ų£Ų¹ŲÆŲ§Ų”ŁƒŁ…. ŁŲ§Ł„Ł…Ų­ŲØŲ© Ų³Ł†ŲŖŁ†Ų§ Łˆ ŲµŲ±Ų§Ų·Ł†Ų§ Ų§Ł„Ł…Ų³ŲŖŁ‚ŁŠŁ….

"Wahai orang-orang yang sesat dari hamba-hamba Kami. Mahukah kamu jika Kami tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu semua dari azab yang pedih? Berkasih sayanglah sesama kamu, jangan saling membenci. Suburlah kasih sayang dan janganlah membenci musuh kamu. Maka sesungguhnya kasih sayang adalah sunnah Kami dan ia adalah jalan Kami yang lurus.

⚫ Sanggahan Lengkap Oleh Syeikh Solah al-Khalidi.

Apa yang dinyatakan dalam tulisan ini hanyalah sebahagian kecil dari ayat-ayat palsu karangan Anis Shorrosh. Jika pembaca ingin melanjutkan kajian berkenaan doktrin Islamofobia yang didokumenkan sebagai kitab 'suci', maka pembaca boleh mendapatkan kitab berjudul al-Intisar Li al-Quran karangan Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi setebal 624 mukasurat.

⚫ Terbukti al-Quran Itu Benar.

Usaha Amerika menyelewengkan ajaran Islam, hingga menciplak al-Quran merupakan bukti betapa ingatan Allah sangat benar. Allah telah mendedahkan sikap penganut ajaran sesat sejak dari dahulu, gemar menulis kitab yang menyeleweng. Kemudian ajaran sesat tersebut, mereka sandarkan kepada Allah.

ŁَŁˆَŁŠْŁ„ٌ Ł„ِّŁ„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŁƒْŲŖُŲØُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْŁƒِŲŖَŲ§ŲØَ ŲØِŲ£َŁŠْŲÆِŁŠŁ‡ِŁ…ْ Ų«ُŁ…َّ ŁŠَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŁ†َ Ł‡َٰŲ°َŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų¹ِŁ†ŲÆِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł„ِŁŠَŲ“ْŲŖَŲ±ُŁˆŲ§ ŲØِŁ‡ِ Ų«َŁ…َŁ†ًŲ§ Ł‚َŁ„ِŁŠŁ„ًŲ§ ۖ ŁَŁˆَŁŠْŁ„ٌ Ł„َّŁ‡ُŁ… Ł…ِّŁ…َّŲ§ ŁƒَŲŖَŲØَŲŖْ Ų£َŁŠْŲÆِŁŠŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁˆَŁŠْŁ„ٌ Ł„َّŁ‡ُŁ… Ł…ِّŁ…َّŲ§ ŁŠَŁƒْŲ³ِŲØُŁˆŁ†َ

"Maka celakalah bagi golongan yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka. Kemudian mereka berkata inilah yang datang dari Allah, demi memperolehi keuntungan yang sedikit. Maka celakalah mereka akibat tulisan-tulisan tangan mereka. Dan celakalah mereka terhadap apa yang mereka kerjakan" - al-Baqarah 79.

Dalam ayat ini Allah mengulangi sumpahan celaka sebanyak 3 kali, menggambarkan betapa jahatnya perbuatan orang seperti Anis Shorrosh. Mereka tahu bahawa umat Islam tidak akan mempercayai keabsahan al-Quran palsu. Tetapi mereka tetap menulisnya sebagai dokumen.

⚫ Sanad Islamofobia.

Sungguhpun kitab The True Furqan karangan Anis Shorrosh tidak laku dalam kalangan umat Islam. Tetapi doktrin Islamofobia yang dipasarkan melalui kitab tersebut, banyak diikuti oleh segelintir umat Islam yang berfahaman liberal hari ini. Maka kita perlu jelas, dari mana sanad pemikiran mereka.

Sumber: https://www.facebook.com/abdulmuizz.muhammad.5/posts/2372540886110007

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo