SYARIKAT teknologi Amazon berhasrat untuk menjadi penyedia internet berkelajuan tinggi menerusi satelit apabila ia mengumumkan ia akan melancarkan 3,236 satelit ke orbit untuk membekalkan talian internet berkelajuan tinggi pada harga berpatutan ke seluruh dunia.
Usaha Amazon, yang diberi nama Projek Kuiper ini mula diumum melalui pemfailan kepada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa baru-baru ini.
Menurut laporan Geekwire, Amazon mahu satelit itu beroperasi antara 367 batu hingga 391 batu dari paras permukaan bumi.
Ini akan membolehkan internet berkelajuan tinggi dibekalkan antara latitud 56 darjah utara hingga 56 darjah selatan, merangkumi sekitar 95 peratus penduduk dunia.
Bagaimanapun syarikat itu memaklumkan teknologi ini hanya akan ditawarkan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

No comments
Post a Comment