NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

11 Mei hari pengundian PRK Parlimen Sandakan


SIDANG akhbar Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Parlimen Sandakan di Menara SPR Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/Juani Munir Abu Bakar

PUTRAJAYA 5 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 mei ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.186 Parlimen Sandakan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, tarikh penamaan calon adalah 27 April dan hari mengundi awal pada 7 Mei sementara tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 10 Mei ini.

Katanya, daftar pemilih akan digunakan untuk PRK tersebut adalah Daftar Pemilih Induk 2019 dikemaskini 28 Mac lalu yang mengandungi 39,856 pemilih berdaftar terdiri daripada 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir luar negara.

"Sebanyak 770 petugas dilantik mengendalikan proses PRK Parlimen Sandakan dan sebanyak 21 pusat mengundi mengandungi semua 92 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.

"SPR akan menggunakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan, Sabah sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK P.186 Parlimen Sandakan di sini hari ini.

Pada masa sama, Azhar mengumumkan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Mohamad Hamsan Awang Supain dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan manakala kos pilihan raya ini dianggarkan RM3.1 juta.

Katanya, permohonan undi pengundi awal luar negara mula dibuka hari ini dan ditutup pada 25 April.

Beliau berkata, SPR mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi bagi PRK berkenaan.

PRK Parlimen Sandakan diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 12.15 tengah hari, 28 Mac lalu.

Stephen, 65, yang juga Pengerusi DAP Sabah merupakan anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/11-mei-hari-pengundian-prk-parlimen-sandakan-1.876928#ixzz5kC2wiPgn

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo