KUALA LUMPUR – Tindakan undang-undang terhadap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming akan dimulakan susulan dakwaannya pemerintahan UMNO dan PAS akan menjadikan Malaysia sebagai negara Taliban.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya telah mengarahkan sebuah firma guaman untuk mengambil langkah sepatutnya.
“UMNO memutuskan untuk memulakan satu tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat parti tertentu yang cuba mengaitkan dan memfitnahkan UMNO dengan Taliban baru-baru ini.
“Saya telah menandatangani surat mandat kepada sebuah firma guaman pagi ini untuk tindakan seterusnya,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Kor Ming yang juga timbalan yang dipertua Dewan Rakyat sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak akan memohon maaf atas kenyataannya itu.
“Apa yang nak dimohon maaf?” katanya.
Sementara itu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu hantaran Facebook menyifatkan pihak yang membandingkan parti itu dengan Taliban adalah ‘disokong komunis’. – Agenda News
PARLIMEN | Putrajaya sedang berusaha membuat pindaan undang-undang yang akan memaksa penyedia platform media sosial mendedahkan data penggu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment