NOTIS:
Tahukah anda? Kawah api gergasi di Turkmenistan menyala sejak 1971 tak pernah padam
Kawah Darvaza di Turkmenistan dianggap sebagai salah satu lokasi yang menakutkan di dunia.
Ia juga digelar sebagai 'pintu ke neraka' oleh saintis.
Visual terbaharu kawah itu dirakam menggunakan drone dan apa yang dipaparkan ternyata membuat ramai terlopong.
Kawah berapi di gurun terbiar itu mempunyai kedalaman 30 meter dengan kelebaran 69 meter.
Ia terletak 150 kilometer dari ibu negara Turkmenistan, Ashgabat.
Api di kawah itu sentiasa menyala sejak 1971 dan turut menjadi lokasi tarikan pelancong yang mahu merasai pengalaman berada berdekatan kawah itu.
Mengikut sejarah, kawah itu dikorek oleh sekumpulan jurutera Soviet dalam misi pencarian sumber gas mereka, suatu ketika dahulu.
Risau jika gas berkenaan akan terlepas ke atmosfera, mereka menyalakan api dengan harapan ia akan lenyap dalam tempoh beberapa minggu.
Sangkaan mereka ternyata meleset kerana ia tidak pernah padam, sehingga hari ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment