oleh: SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Kami mengambil maklum akan Himpunan Hari Wanita Sedunia di ibu negara pada hari Sabtu, 9 Mac 2019 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang telah dicemari dengan sekelompok golongan yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan dan menuntut hak selaku golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terang-terangan. Jika benar apa yang berlaku, maka di sini kami menzahirkan rasa yang amat kecewa kerana bertentangan dengan kehendak umum masyarakat Malaysia sementelahan lagi agama Islam. Kami nyatakan seperti berikut:
12 Mac 2019 bersamaan 5 Rejab 1440 Hijrah
1. Kami katakan dengan tegas bahawa hukum Syarak diturunkan oleh Tuhan penuh dengan maslahat dan menolak mafsadah. Betapa beratnya isu LGBT, cukuplah kegerunan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW sendiri. Daripada Jabir bin Abdillah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Ų„Łَّ Ų£Ų®ŁَŁَ Ł
Ų§ Ų£Ų®Ų§Łُ Ų¹ŁŁ Ų£Ł
ŲŖŁ Ų¹Ł
Łُ ŁŁŁ
ِ ŁŁŲ·ٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya yang paling aku takut ditimpa kepada umatku amalan seperti kaum Lut.”
Riwayat Ahmad (3/382), Ibn Majah (2563), al-Tirmizi (1457), Al-Hakim (3/357) dan Abu Ya’la (2128)
2. Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir (hlm. 56) menyebut: Umat Islam telah ijma’ (bersepakat) bahawa perbuatan liwat termasuk dosa besar yang diharamkan oleh Allah SWT:
Ų£َŲŖَŲ£ْŲŖُŁŁَ Ų§ŁŲ°ُّŁْŲ±َŲ§Łَ Ł
ِŁَ Ų§ŁْŲ¹َŲ§ŁَŁ
ِŁŁَ ﴿Ł”Ł¦Ł„﴾ ŁَŲŖَŲ°َŲ±ُŁŁَ Ł
َŲ§ Ų®َŁَŁَ ŁَŁُŁ
ْ Ų±َŲØُّŁُŁ
Ł
ِّŁْ Ų£َŲ²ْŁَŲ§Ų¬ِŁُŁ
ۚ ŲØَŁْ Ų£َŁŲŖُŁ
ْ ŁَŁْŁ
ٌ Ų¹َŲ§ŲÆُŁŁَ
Maksudnya: "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, (165) "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!" - Surah al-Syu'ara' (165-166)
Syeikh Mustafa al-Maraghi berkata:
Apakah kamu tetap melakukan perbuatan keji ini padahal tidak ada seorang pun yang pernah melakukannya; kamu membuat hubungan jenis sesama lelaki dengan meninggalkan isteri kamu yang dihalalkan oleh Allah SWT untuk membuat perhubungan dengan mereka?Sesungguhnya kamu termasuk kaum yang melampaui batas, sama ada dari aspek logik dan hukum yang ditetapkan. Kamu melakukan perbuatan dosa itu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran seorang pun sebelum ini untuk berbuat demikian. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/4975)
3. Isu yang dibangkitkan sudah dijelaskan dalam al-Quran sejak dahulu lagi. Begitu juga dengan kisah sejarah lama yang berlaku pada zaman Nabi Lut AS. Malah, bentuk naratif yang hampir sama juga didapati melalui kisah Sodom dan Gomorrah dalam Bible. Ia sama sekali berbeza dengan dakwaan Scott Siraj al-Haqq Kugle dalam buku “Homosexuality in Islam” yang amat bermasalah dek lemah dalam pemahaman bahasa, teks hadis yang tidak tepat serta nukilan pendapat-pendapat yang lemah. Kisah kaum Nabi Lut tersebut menunjukkan betapa kejinya perbuatan tersebut yang berada di luar daripada fitnah manusiawi sehingga ia begitu ganjil dan asing dalam kehidupan manusia hatta haiwan sekalipun. Allah SWT boleh sahaja melenyapkan kota Pompeii tetapi ianya dikekalkan sebagai iktibar bagi generasi kita dan seterusnya.
4. Kami amat mengharapkan demonstrasi dengan tujuan tersebut tidak akan berlaku lagi di negara kita Malaysia. Apa jua alasan sekalipun, ia tetap tidak boleh diterima oleh akal yang sihat dan waras. Begitu juga dengan mana-mana agama sekalipun.
5. Kami juga melahirkan kebimbangan akan munculnya reaksi yang tidak diingini akibat daripada demonstrasi ini. Kami menasihati semua pihak agar menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan tidak menimbulkan rasa tidak senang dalam suasana masyarakat yang majoritinya berpegang teguh kepada ajaran agama dan ketatasusilaan.
6. Kami ingin mengingatkan dengan pesanan Tuhan tentang bala yang mendatang yang akan mengumumkan keseluruhan apabila berlaku fitnah. Benarlah firman Allah SWT:
ŁَŲ§ŲŖَّŁُŁŲ§ ŁِŲŖْŁَŲ©ً ŁَّŲ§ ŲŖُŲµِŁŲØَŁَّ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŲøَŁَŁ
ُŁŲ§ Ł
ِŁŁُŁ
ْ Ų®َŲ§ŲµَّŲ©ً ۖ ŁَŲ§Ų¹ْŁَŁ
ُŁŲ§ Ų£َŁَّ Ų§ŁŁَّŁŁَ Ų“َŲÆِŁŲÆُ Ų§ŁْŲ¹ِŁَŲ§ŲØِ
Maksudnya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. - Surah al-Anfal (25)
Akhir sekali, kami bermunajat kepada-Nya agar sentiasa diberi petunjuk kebenaran:
Ų§ŁŁَّŁُŁ
َّ Ų£َŲ±ِŁَŲ§ Ų§ŁْŲَŁَّ ŲَŁًّŲ§، ŁَŲ§Ų±ْŲ²ُŁْŁَŲ§ Ų§ŲŖِّŲØَŲ§Ų¹َŁُ، ŁَŲ£َŲ±ِŁَŲ§ Ų§ŁْŲØَŲ§Ų·ِŁَ ŲØَŲ§Ų·ِŁًŲ§، ŁَŲ§Ų±ْŲ²ُŁْŁَŲ§ Ų§Ų¬ْŲŖŁِŲ§َŲØَŁُ، ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁْŁُ Ł
ُŁْŲŖَŲØِŲ³ًŲ§ Ų¹َŁَŁْŁَŲ§ ŁَŁَŲ¶ِŁَّ، ŁَŲ§Ų¬ْŲ¹َŁْŁَŲ§ ŁِŁْŁ
ُŲŖَّŁِŁŁَ Ų„ِŁ
َŲ§Ł
ًŲ§
Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ialah Mufti Wilayah Persekutuan
No comments
Post a Comment