Kita di kejutkan dengan laungan dan perarakan memperjuangkan LGBT di ibukota kelmarin. Himpunan yang sepatutnya untuk meraikan untuk Hari Wanita Sedunia di cemari dengan kempen memperjuangkan amalan dan kehidup yang songsang, salah dan di murkai Allah SWT.
Memperjuangkan hak Wanita dan LGBT adalah 2 perkara yang cukup berbeza. Wanita adalah ciptaan Allah SWT sejak di jadikan manusia dan LGBT pula adalah ciptaan manusia yang sudah semestinya berlawanan dan bercanggah dengan fitrah, hukum dan norma kehidupan manusia di atas perbuatan serta amalan kehidupannya.
LGBT adalah kemungkaran yang wajib ditegah dan penyakit yang wajib dicegah samaada oleh pihak kerajaan, masyarakat dan paling utama institusi kekeluargaan itu sendiri. Suasana yang berlaku pada hari ini sudah melampau sehingga bermegah-megah dengannya malah ada yang secara terang – terangan mempromosi budaya hidup songsang ini kepada umum..
Perasaan malu sudah hilang. Golongan ini diangkat dan disanjung sehingga ada yang di jadikan ikon. Samaada secara sedar atau tidak, kita sebenarnya turut mempromosi mereka malah mereka dengan megah mendabik dada kerana dibela oleh pihak-pihak di dalam dan luar negara kononnya di atas asas hak asasi manusia.
Perlu diingat, bukan sahaja melakukan amalam songsang dan bermegah – megah dengannya mengundang kemungkaran Allah SWT malah mempromosikan budaya hidup songsang tersebut turut sama di murkai Allah SWT. Kita sebagai rakyat Malaysia yang agama rasmi Persekutuan adalah Islam patut malu terdapat budaya dan amalan sebegini di dalam negara kita. Bukan hanya Islam, malah agama lain juga turut menolak amalam hidup sebegini.
Bermegah-megah melakukan kemungkaran boleh mengundang bala daripada Allah. Kaum dan umat yang ditimpa bala oleh Allah di zaman dahulu adalah kerana mereka bermegah-megah melakukan kemungkaran. Kaum A'ad, Tsamud, penduduk Sadom dan lain-lain lagi dibinasakan oleh Allah apabila mereka menzahirkan kemungkaran dan bermegah-megah dengannya.
Semoga Allah melindungi kita semua dari balaNya. Sesungguhnya Allah menjadi saksi bahawa kami telah menyampaikan amaran ini.
Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments
Post a Comment