NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Bangunkan Zon Industri Akuakultur di Danau Tok Uban

PASIR MAS: Danau Tok Uban seluas 607 hektar akan dijadikan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) dengan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, cadangan pembangunan tasik tersebut akan dilengkapi fasiliti sesuai dengan zon industri akuakultur.

Selain itu membaiki surau sedia ada, membina tandas dan dewan bagi kemudahan pelancong.

“Cadangan sama turut diangkat kepada kementerian bagi membantu penduduk yang berminat untuk memajukan tasik sebagai pusat pelancongan agro,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan 35 penternak di Danau Tok Uban semalam.

Pada kunjungan itu beliau juga menyerah benih ikan kepada penternak ikan air tawar di Danau Tok Uban.

Turut hadir Ketua Jajahan Pasir Mas Mohd Anis Bin Hussein; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) Engku Rajhan Engku Ismail dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kamal Mustapha. – HARAKAHDAILY 5/3/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo