1. Kementerian Alam Sekitar sewajarnya mengambil tindakan serius berkenaan isu pencemaran udara di Pasir Gudang sejak Khamis lalu.
2. Ini berikutan dengan tahap keberkesanan langkah awal yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat sehingga kini masih tidak menjamin tahap keselamatan penduduk.
3. JBPM telah mengambil langkah dengan menggunakan alat penyerap minyak (oil boom) bagi mengelak gas Methana merebak. Walau bagaimanapun, bilangan mangsa sehingga hari ini terus meningkat kepada 556 mangsa melibatkan pelajar sekolah dan orang awam.
4. Ini jelas sekali apabila sekolah yang ditutup pada Khamis lalu hanya 500m daripada sungai berkenaan, namun begitu hari ini, udara yang tercemar sudah merebak sehingga 11 kilometer.
5. Tambahan pula, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar dan Pertanian Negeri mengatakan bahawa pembersihan menyeluruh memakan masa 5 hari. Saya berharap agar tempoh yang diambil tidak akan menyebabkan lebih ramai mangsa yang terlibat.
6. Justeru, Kementerian sewajarnya mengambil tindakan yang lebih pro aktif dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan nyawa rakyat dan tidak hanya ‘lepas tangan’ kepada agensi-agensi yang berkenaan semata-mata.
“Islam Memimpin”
YB Shaharizukirnain Abdul Kadir ialah Ahli Parlimen Setiu
PARLIMEN | Putrajaya sedang berusaha membuat pindaan undang-undang yang akan memaksa penyedia platform media sosial mendedahkan data penggu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment