NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Politik Syaitan 'Old Nick'

oleh: Abdul Mu'izz Muhammad
27 Febuari 2019.

Machiavelliasnisme sering kali dikaitkan dengan konotasi negatif. Ia merujuk kepada cara berpolitik yang serba licik demi mencapai tujuan yang dihajati.

Ajaran ini dicetuskan oleh seorang ahli falsafah & politik Itali yang bernama Niccolo Machiavelli (1469-1527). Beliau menulis buku yang diberi judul 'The Prince'. Ia juga sinonim dengan kaedah politik 'Matlamat Menghalalkan Cara'.

 Trivia.

• Old Nick merupakan nama bagi watak syaitan yang direka oleh masyarakat Eropah. Nama tersebut merujuk kepada Niccolo Machiavelli.

• Karya Machiavelli pada asalnya ditulis tanpa judul. Sebaliknya pihak penerbit yang meletakkan judul 'The Prince' pada buku tersebut. Ia mula diterbitkan selepas 5 tahun kematian Machiavelli

• Machiavelli tidak pernah menyatakan secara literal akan kaedah 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Sebaliknya kaedah tersebut merupakan rumusan para pengkaji yang cuba menyimpulkan konsep politik Machiavellianisme.

⚫ Tabiat Hayawani Politikus.

Niccolo Machiavelli hakikatnya tidak mencipta kaedah politik yang baharu. Sebaliknya beliau merumuskan tabiat pergelutan kuasa yang dialami oleh manusia secara realistik. Sudah semestinya tabiat manusia penuh dengan tipu muslihat & pentingkan diri sendiri.

Disebabkan itu politikus yang obses dengan pengaruh & kuasa, mereka tidak perlu membaca buku 'The Prince'. Ini kerana, mereka telah sedia memiliki DNA Machiavellianisme. Cukup apabila berpolitik secara pragmatik, seseorang secara tabi'i akan melakukan satu persatu tips yang telah digariskan oleh Machiavelli.

⚫ Realisme.

Machiavelli cuba mengubah perspektif politik dari idealistik kepada realistik. Dari berbicara 'apa yang sepatutnya' secara hipokrit, adalah lebih baik berfikir 'bagaimana memanfaatkan realiti' agar beroleh kuasa secara efektif.

Disebabkan itu, Machiavelli turut dikenali sebagai ahli falsafah politik yang menekankan konsep realisme. Realiti politik penuh dengan persaingan tanpa moral. Itu hakikat.

Maka dalam ajaran realisme, seseorang politikus harus fokus mendapatkan kuasa tanpa perlu mementingkan soal moral & prinsip. Yang penting adalah beroleh kuasa.

Politik bukan medan untuk bersaing siapa baik & siapa jahat. Sebaliknya persaingan politik adalah medan untuk masing-masing berebut bagi memanfaatkan peluang untuk berkuasa.

Nilai moral boleh direka-reka sesuai dengan justifikasi kepentingan masing-masing. Ia perlu dipersembahkan secara menawan & berkesan. Agar mampu mempengaruhi orang ramai supaya bersama dengan kepentingan yang dihajati oleh politikus.

⚫ Asalkan Sanggup.

Terdapat beberapa kesanggupan yang perlu ada pada politikus Machiavellianisme:

• Sanggup jadi jahat & membuang moral.
• Sanggup menipu.
• Sanggup berlakon.
• Sanggup mempertaruhkan prinsip.
• Sanggup memperbodohkan rakyat & pengikut.

Kesemua jenis kesanggupan ini, adalah resepi untuk beroleh kuasa secara pragmatik. Dalam pergelutan kuasa, kejujuran dianggap sebagai satu kebodohan. Sementara licik menipu, adalah nilai karismatik dalam kamus politik realisme.

Demi meraih sokongan orang ramai, politikus perlu bijak berlakon memainkan pelbagai watak. Ada waktu perlu kelihatan gagah, maka perlu berlagak kuat. Ada waktu perlu meraih simpati, maka tidak mengapa menangis di khalayak ramai. Asalkan dapat meraih sokongan semaksimum mungkin.

Politikus Machiavellianisme juga perlu peka mengesan titik-titik sensitif yang ada pada golongan sasaran, untuk dimanipulasi secara emosional. Mainan emosi amat penting.

Samada untuk melahirkan reaksi sokongan yang menguntungkan mereka, atau reaksi penolakan terhadap musuh yang juga tetap menguntungkan mereka. Disebabkan itu, politikus yang menganut Machiavellianisme lebih cenderung suka membodohkan rakyat bawahannya.

Jika rakyat bawahan pandai, akan melahirkan banyak pertikaian & bangkangan. Adapun jika rakyat bawahan bodoh, maka senanglah untuk minda mereka dikuasai & emosi mereka dieksploit. Taktik ini jugalah yang diaplikasikan oleh Firaun, demi mengekalkan sokongan rakyat Mesir kepadanya.

⚫ Pertahanan Kuasa.

Machiavellianisme bukan sekadar mengajar kaedah mendapatkan kuasa. Bahkan yang lebih sukar adalah mempertahankan survival kuasa.

Jika dibandingkan samada mahu jadi penguasa yang disayangi, atau menjadi penguasa yang ditakuti, adalah lebih selamat untuk menjadi penguasa yang ditakuti.

Logik yang dikemukakan oleh Machiavelli, boleh sahaja rakyat mengkhianati penguasa yang mereka sayangi. Sebaliknya kalau penguasa itu ditakuti, rakyat tidak akan berani menentangnya sungguhpun mereka tidak bersetuju dengannya.

Begitu juga demi mempertahankan kuasa, seorang pemimpin perlu menghapuskan pesaingnya tanpa perlu mengotorkan tangannya. Tugasan tersebut perlu diserahkan kepada orang bawahannya secara sulit.

Jika terbongkar, orang bawahannya yang menjadi mangsa sebagai kambing hitam. Sementara imej dirinya kekal suci & selamat.

⚫ Fitnah Akhir Zaman.

Kelicikan cara berpolitik Machiavellianisme sering kali dikaitkan dengan karektor syaitan 'Old Nick'. Licik & lincah mengambil kesempatan.

Demi survival kuasa & pengaruh, sanggup menipu, memfitnah hatta membunuh sekalipun. Bakat-bakat politik seperti ini semakin subur membiak di ambang berlakunya kiamat. Gejala inilah yang telah diingatkan oleh Nabi:

ŁŠَŁƒُŁˆŁ†ُ ŲØَŲ¹ْŲÆِŁŠ Ų£َŲ¦ِŁ…َّŲ©ٌ Ł„َŲ§ ŁŠَŁ‡ْŲŖَŲÆُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡ُŲÆَŲ§ŁŠَ ، ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ³ْŲŖَŁ†ُّŁˆŁ†َ ŲØِŲ³ُŁ†َّŲŖِŁŠ ، ŁˆَŲ³َŁŠَŁ‚ُŁˆŁ…ُ ŁِŁŠŁ‡ِŁ…ْ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„ٌ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØُŁ‡ُŁ…ْ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØُ Ų§Ł„Ų“َّŁŠَŲ§Ų·ِŁŠŁ†ِ ŁِŁŠ Ų¬ُŲ«ْŁ…َŲ§Ł†ِ Ų„ِŁ†ْŲ³ٍ

"Selepasku akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku. Dan mereka tidak mengikuti sunnahku. Di antara mereka adalah orang-orang yang berhati syaitan, berbadan manusia " - hr Muslim.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo