NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Hina Nabi: Demonstrasi Bantahan Seluruh Negara"

Perlakuan mencerca atau menghina agama, negara, bangsa hatta individu sekalipun, adalah tindakan melampau lagi ekstrem. Kerana ia umpama menembak langsung ke jantung hati. Radikalnya bukan sekadar boleh mengakibatkan pergaduhan atau rusuhan, bahkan api peperangan bersenjata. Demikian bahaya sewenangnya dicetuskan itu, maka pelaku dalam isu ini mesti ditangani secara serius.

oleh: YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM

1. Persepsi awam sedang merebak dengan perasaan sangsi ekoran individu yang menghina Rasulullah S.A.W telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ketiga dia direman. Walhal isu ini sangat sensitif yang meragut ketenangan umat Islam di mana mencetus emosi marah. Paling dikhuatiri sekiranya berlaku tindak balas luar kawalan yang tentunya menggugat ketenteraman awam.

2. Perlakuan mencerca atau menghina agama, negara, bangsa hatta individu sekalipun, adalah tindakan melampau lagi ekstrem. Kerana ia umpama menembak langsung ke jantung hati. Radikalnya bukan sekadar boleh mengakibatkan pergaduhan atau rusuhan, bahkan api peperangan bersenjata. Demikian bahaya sewenangnya dicetuskan itu, maka pelaku dalam isu ini mesti ditangani secara serius.

3. Sikap celupar, kurang ajar dan biadab ini dilihat semakin berleluasa dilakukan dengan berani di era Malaysia Baharu yang diterajui PH. Ironinya, terjadi lantaran keangkuhan dan kerakusan yang dibayangi DAP mengusik banyak terma asas tonggak negara. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan terhadap kedudukan dan hak berkaitan Islam, Melayu dan Bumiputera cuba dirombak.

4. Natijahnya, berkembang sikap fanatik dan sentimen perkauman serta agama hingga hilang rasa tolak ansur, hormat dan harmoni. Kerana pemicu senjatanya berada di tangan politik. Sekali gus, menimbulkan rasa curiga bahawa individu berkenaan juga dilepaskan oleh arahan atau pengaruh desakan politik. Lebih parah, prejudis ini gagal dihadapkan dengan sebarang penjelasan konkrit hingga kini.

5. Sehubungan itu, para pelakunya mesti ditunjukkan amaran tegas, manakala pihak berkuasa pula digesa bertindak secara profesional serta bebas dari campur tangan politik. Atas kekesalan yang berlaku dan menuntut kedurjanaan ini ditangani sewajarnya, umat akan menunjukkan solidariti menerusi Demonstrasi Bantahan selepas Solat Jumaat, 1 Mac ini di seluruh negara, dipimpin Pemuda PAS.

"Islam Memimpin"

"Terus Mara"

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo