NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hari Sayyidatina Aisyah, Platform Perkasakan Wanita Terengganu



Oleh :Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS, 24 Februari - Hari Sayyidatina Aisyah menjadi platform bagi wanita Terengganu untuk membincangkan isu-isu pembangunan dan hal ehwal wanita serta kepentingan ummah yang diadakan sempena Hari Wanita peringkat negeri, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Wanita negeri, Zuraida Md Noor berkata penganjurannya sebagai menghargai usaha yang dimainkan oleh wanita dengan menjadikan mereka lebih bergerak laju dan bersikap cakna pembangunan wanita di negeri ini.

"Umum menyedari wanita adalah nukleus di dalam sesebuah negara, keluarga, masyarakat dan bila baik wanita maka baiklah institusi keluarga itu.



"Apabila institusi keluarga itu berkembang positif dan harmoni, InsyaAllah saya yakin dan percaya akan dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera," ujarnya di majlis Pelancaran Hari Sayyidatina Aisyah, Wanita Inspirasi yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu merupakan anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri itu, akan diadakan secara tetap dan berkala pada setiap tahun.

Menurut Zuraida lagi, bagi mengambil inspirasi ketokohan Sayyidatina Aisyah, Ummul Mukminin seorang yang faqeh di dalam pelbagai bidang ilmu, kunci utama untuk seseorang wanita maju adalah melalui ilmu pengetahuan yang benar dan diperakui. 



"Sayyidatina Aisyah lebih dahulu mempraktikkan suara-suara wanita, jauh lebih dahulu daripada kumpulan feminis yang lantang mendesak kesamaan gender akhir-akhir ini.

" Sesungguhnya beliau telah meletakkan satu asas kepada kesedaran dan pendedahan kepada kemampuan wanita sebagai pemimpin politik dan kenegaraan,"ujar Zuraida.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo