Sidang Akhbar Presiden PAS
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Seminar Sejarah PAS
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Zulkifli Mohamad
Berikut merupakan transkrip sesi sidang akhbar yang dilakukan selepas ucapan perasmian Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika Seminar Sejarah PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad. Sidang akhbar turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hasan.
---------------------------------------------
Ucapan Setiausaha Agong:
Yang berhormat Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Yang berhormat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.
Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media dapat bersama-sama dalam program yang kita buat pada hari ini iaitu program Seminar Sejarah PAS dianjurkan oleh PAS dan juga Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad pada pagi ini.
Jadi saya terus kepada sidang akhbar. Dipersilakan. Terus kepada soalan-soalan. Yang seminar ni dah dengar tadi, yang lain-lain pula
Soalan: Dato' Seri, dalam ceramah di UK Dato' Seri ada menyebutkan direport bahawa kritikan terhadap Tabung Haji adalah satu agenda untuk memburukkan Islam tapi banyak bukti-bukti yang telah dikeluarkan menunjukkan kemungkinan besar ada penyelewengan besar. Apa komen
TGHH: Disebut kemungkinan itu tidak sedap. Dia mesti satu yang jelas jangan kemungkinan saja dan kita tidak boleh menganggap salah kalau peringkat kemungkinan, peringkat tuduhan saja, tidak boleh menganggap salah. Apa yang berlaku hari ini kita menjadikan media sebagai hakim. Media yang jatuhkan hukuman itu satu persepsi yang salah. Kita kena memperbetulkan keadaan ini. Kita kena sedar
Kalau tidak ramai orang jadi mangsa la. Bukan kita kata dia betul, tidak. Jangan terus hukum.
Apa lagi Tabung Haji ini berkait dengan orang Islam. Mengapa ditonjol (isu ini) sedangkan isu Lim Guan Eng disebut terang-terang dah. Mengapa disenyapkan, itu berkait dengan individu.
Tabung Haji ini berkait dengan institusi dan melibatkan umat Islam. Pihak-pihak yang terlibat dengan simpanan itu tak timbul pun. Sekarang ini lain pulak tak ada suatu bukti yang jelas
----------------------------------------------
Soalan: Tapi kita juga tiada bukti menunjukkan bahawa mereka ada agenda memburukkan Islam kan?
TGHH: Ada bukti dan disiar dalam media.
Belum bukti salah, dah siar salah (dalam media). Itu
---------------------------------------------
Soalan: Tapi bukti-bukti yang dikeluarkan ada menunjukkan bahawa
TGHH: Mengapa tak sebut Tabung Haji berkhidmat dalam jemaah haji sejak berpuluh tahun. Rombongan perubatannya. Yang diceritakan itu benda khusus. Yang khidmat mereka yang beribu khidmat itu tak disebut mengapa. Saya tanya balik. Cari salah orang saja. Itu satu cara yang tak betul
----------------------------------------------
Soalan: Komen PAS mengenai kenyataan Menteri Agama, Dr Mujahid - Umat Islam akan mundur jika main sentimen agama
TGHH: Kepada kita agama memajukan orang Melayu sebab Islam pernah menjadi umat yang bertamadun. Bila tinggalkan Islam, umat Islam menjadi umat yang tak maju. Punca kelemahan ialah bila apabila meninggalkan Islam.
Contohnya Turki Uthmaniyah, bila Uthmaniyah memerintah dengan Islam (menjadi) kuasa besar dunia. Bila Attartuk ambil alih jadi negara paling miskin
----------------------------------------------
Soalan: Dato' Seri di Cameron Highland macamana. Adakah PAS akan membuat kempen secara terang-terangan atau macamana
TGHH: Dah terang-terangan. Timbalan Presiden turun, Setiausaha Agong turun. Memang terang-terangan dan kita hantar calon pada hari penamaan calon, program bersama
----------------------------------------------
Soalan: So lepas ni akan ada banyak lagi?
TGHH: Ya, saya akan pergi esok
----------------------------------------------
Soalan: Apa komen Dato' Seri terhadap saman Kerajaan kepada Negeri Kelantan
TGHH: Saya belum melihat secara terperinci. Saya rasa Kerajaan Kelantan telah buat lama. Benda yang lama sudah diambil langkah bela orang asli dan sebagainya
SU Agong: Berkaitan kes Kerajaan Malaysia saman Kelantan, saya ingat hari ini saya telah difahamkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa sekumpulan sebuah peguam terkenal sudah bergabung untuk membela Negeri Kelantan secara pro bono bermakna peguam-peguam ini akan berkhidmat secara percuma untuk membela kes saman oleh Kerajaan Pusat
TGHH: Ya saya nak tanya kenapa Peguam Negara bawa isu ini semasa Pilihanraya Kecil Cameron Highland. Siar itu. Mengapa dia pilih masa pilihanraya. Itu. Benda ni dah lama. Siarkan berita itu. Adakah dia nak kempen sama pilihanraya itu
----------------------------------------------
Soalan: Dato Seri, update sikit berkaitan kutipan derma untuk kes Sarawak Report?
SU Agong: Kes itu sudah mencecah RM 1 juta sekarang. Kos Itu crowdfunding. Dana daripada awam, dana orang PAS
----------------------------------------------
Soalan: Dato' Seri berkaitan umat Islam Uyghur di China nampaknya Kerajaan China agak berdiam diri dan Kerajaan Malaysia pun agak berdiam diri, PAS ada tak desakan-desakan
TGHH: Saya rasa tidak berdiam diri. Ada langkah diambil untuk bantu mereka termasuk Kerajaan Turki sendiri yang sudah berjumpa
----------------------------------------------
Soalan: PAS sudah berjumpa?
TGHH: PAS sudah berjumpa dengan wakil masyarakat Uyghur
TITM: Sedikit tambahan, kita sudah menghantar bantuan kepada masyarakat Uyghur dan misi bantuan ini akan diteruskan oleh PAS sendiri dalam masa terdekat. Kita harap isu ini dapat diangkat ke pihak antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Kerajaan China supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya
TGHH: ini isu yang sudah berlaku berpuluh tahun. Kita sudah ikuti. Dalam tahun 40-an sudah ada buku yang menceritakan tentang umat Islam Uyghur
----------------------------------------------
Soalan: Tuan Guru sebut kenapa isu ini (saman Kelantan) diketengahkan di PRK. Dato' Seri mengutarakan kepada siapa?
TGHH: Kerajaan Pusatlah, kenapa dia pilih waktu pilihanraya ini. Ke dia baru terfikir semasa pilihanraya, sebelum ni dia tak terfikir. Benda tu isu dah lama dah
SU Agong: Tommy Thomas sedang bermain politik sebagai peguam negara
TITM: Sata ingat ini kali pertama Kerajaan Pusat saman Kerajaan Negeri dalam sejarah. Sepatutnya apa perkara..
TGHH: Dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang jadi pegawai dia di negeri
TITM: Tak boleh terus saman Kerajaan Negeri
SU Agong: Ok, terima kasih
Transkrip disediakan oleh: Fuad Ahmad
NOTIS:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment