NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Drawbridge Bakal Beroperasi Pada Bulan April


KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, dijadualkan siap pada Februari depan dan dijangka akan memulakan operasi pada April tahun hadapan.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun pembukaannya mengalami sedikit kelewatan,infrastruktur ikonik yang pertama seumpamanya di rantau ini bakal menyediakan satu lagi laluan penghubung yang sekaligus memberikan kelegaan kepada pengguna apabila masalah kesesakan yang semakin ketara di Jambatan Sultan Mahmud dapat dileraikan.

Katanya, kerajaan negeri melalui portfolio Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Laut berhubung dengan laluan kapal.

“Drawbridge dijangka siap pada bulan Februari 2019 dan dijangka akan dibuka pada bulan April tahun depan.

“Tinggi 'bascule' (daun jambatan) adalah 40 kaki dan tiada halangan kepada bot nelayan kelas "C" untuk menyusuri drawbridge.

"Walau bagaimanapun, kita akan buat penyelarasan jadual waktu membuka 'bascule' dengan Jabatan Laut untuk kapal atau bot yang melebihi ketinggian 40 kaki bagi membolehkannya menggunakan laluan itu pada waktu yang dijadualkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid.

Menurut beliau, kos keseluruhan projek drawbridge menelan belanja kira-kira RM248 juta.

“Sekarang ini, cuma ada sedikit bahagian di tingkat 14 dan menara yang belum siap dan apabila siap sepenuhnya nanti kita rancang untuk serahkan kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) bagi menguruskan projek ini,” ujarnya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2018/10/drawbridge-bakal-beroperasi-april-tahun.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo