NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syarikat Portugal wajib ambil pekerja OKU

Undang-undang baru itu dilihat sebagai kaedah mempromosi peluang pekerjaan bagi golongan OKU. (Gambar AFP) 
LISBON: Syarikat awam dan swasta Portugal yang bersaiz sederhana dan besar diwajibkan mengambil antara 1 dan 2% peratus pekerja daripada golongan kurang upaya, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu penerbitan undang-undang pada Khamis.

Menurut undang-undang baru itu, yang mewujudkan sistem kuota pekerjaan bagi golongan kurang upaya dengan tahap keupayaan bersamaan atau melebihi 60%, semua syarikat sama ada awam atau swasta, bersaiz sederhana atau besar, wajib mematuhi kuota tersebut mulai 1 Feb.

Perusahaan sederhana dengan tenaga kerja antara 75 dan 100 orang hendaklah menggaji sekurang-kurangnya 1% pekerja kurang upaya manakala perusahaan besar dengan lebih 100 pekerja perlu menggaji sekurang-kurangnya 2%.

Bagi mematuhi undang-undang baharu itu, satu tempoh peralihan selama 5 tahun dibenarkan bagi syarikat bersaiz sederhana dan 4 tahun bagi syarikat besar.

Portugal berada di landasan pemulihan ekonomi perlahan sejak ia keluar daripada program penyelamatan bernilai 78 bilion Euro yang ditandatanganinya dengan peminjam antarabangsa pada Mei 2014 dan kadar pengangguran di negara itu menurun dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Undang-undang baru itu dilihat sebagai satu kaedah mempromosi peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya dalam situasi semasa. - BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo