NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ridzuan bakal diangkat sebagai atlet para terbaik Asia



JAGUH olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Puzi, bakal melakar sejarah apabila akan dinobatkan sebagai atlet lelaki para terbaik Asia 2018 dalam majlis Malam Anugerah Jawatankuasa Paralimpik Asia yang akan berlangsung di Dubai, 5 Februari depan.

Ia merupakan satu sejarah baru dalam arena sukan para negara apabila juara Paralimpik Rio 2016 itu merupakan atlet pertama Malaysia yang bakal diberi pengiktirafan sedemikian seiring dengan kejayaan berharga yang telah diraihnya selama ini.

Pencapaian cemerlang Ridzuan di pentas Sukan Para Asia Indonesia 2018 dengan tiga pingat emas, satu rekod dunia dan satu rekod Asia melayakkannya menjulang trofi atlet lelaki para terbaik Asia 2018 pada malam bersejarah itu.

Ketua jurulatih skuad olahraga para negara, R. Jeganathan, menganggap segala usaha dan titik peluhnya mendidik Ridzuan berbaloi sehingga diberi penghargaan di samping berharap ia mampu memberi motivasi kepada atlet lain untuk turut sama mengikut jejak langkah Ridzuan pada masa akan datang.

"Sebagai jurulatih, anugerah yang diberikan kepada Ridzuan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia merupakan satu penghargaan terbaik buat Ridzuan dan saya," kata Jeganathan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo