Pembangunan Cameron Highlands terbantut jika tidak pilih PH
LIPIS 16 Jan. - Pembangunan di Cameron Highlands akan terbantut sekiranya pengundi di Parlimen itu menolak Pakatan Harapan (PH) dan mengekalkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu.
Menteri Kewangan, Lim Guang Eng berkata, sehubungan itu masyarakat di daerah ini perlu mengambil peluang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan memberi kemenangan kepada calon PH.
"Sungguhpun kerajaan satu Malaysia pun dan ubah tetapi Cameron Highlands belum ubah, mengapa tidak kali ini kita ubah supaya kita boleh melihat pembangunan yang ketara.
"Sekiranya tidak (memilih PH) saya rasa pembangunan akan terus terbantut kerana di bawah kerajaan dahulu saya lihat tidak ada apa yang boleh diharapkan," katanya dalam sidang akhbar selepas program bertemu orang ramai di Pasar Malam Sungai Koyan, di sini hari ini.
Yang hadir sama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. - UTUSAN ONLINE
No comments
Post a Comment