NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peguam negara menari dengan menteri: Beri penjelasan atau letak jawatan

PETALING JAYA: Peguam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan, jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai.

Haniff Khatri Abdulla yang memuat naik rakaman video selama 26 saat itu ke Facebooknya berkata, peguam negara tidak wajar bertindak sedemikian di khalayak ramai.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki yang menyerupai Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

Beliau berkata, perbuatan peguam negara dan menteri kabinet bernyanyi serta bersuka ria di khalayak ramai menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas perdana menteri atau mana-mana menteri kabinet.

Tingkah laku dan perhubungan peguam negara hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan semua pihak, yakni orang awam mahupun menteri, kerana antara tanggungjawab peguam negara adalah mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai sudah melakukan kesalahan,” tulisnya dalam Facebook beliau semalam.
Beliau berkata, ia penting khasnya ketika perdana menteri dan kerajaan dibelenggu kontroversi 1MDB.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo