1. Sejak 9 Mei 2018, ramai individu telah menghina secara keterlaluan YDPA dan sultan. Mereka menggunakan kata-kata kesat, lucah dan fitnah di media-media sosial.
2. Semalam, individu bernama Eric Liew yang bekerja di Cisco System telah menghamburkan kata-kata kurang ajar terhadap YDPA.
3. Komentar biadap yang dilakukan olehnya telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya.
4. Sebelum ini, ramai individu termasuk blogger pro pemerintah juga telah melakukan tindakan yang sama.
5. Mereka sewenang-wenangnya melakukan demikian seolah-olah kebal dengan tindakan undang-undang meskipun banyak laporan polis telah dibuat.
6. Sebaliknya, apabila seorang individu menghina PM, dia telah ditangkap pada bulan Mei yang lalu. Terbaru, seorang individu juga mengkritik ADUN DAP di Sarawak, turut ditahan selama beberapa hari.
7. Mengapa berlaku tindakan terpilih dan dibiarkan pihak yang menghina insititusi raja dan YDPA? Adakah mereka ‘dijaga’ oleh orang atasan?
8. Adakah ini makna kebebasan yang dilaungkan selama ini? Sewajarnya tindakan biadap mereka boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
9. Selayaknya tiada kompromi terhadap pihak yang menghamburkan penghinaan, fitnah dan biadap terhadap YDPA, institusi raja atau siapa sahaja di negara ini.
Islam Memimpin
Sekian
Nasrudin bin Hassan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment