BANTENG: Berita pilu kembali menyelubungi kumpulan Seventeen yang menjadi mangsa tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia pada Sabtu.
Pemain gitar band popular tersebut, Herman Sikumbang dan juga kru, Ujang merupakan antara yang disahkan korban dalam tragedi tersebut.
Menerusi muat naik di Instagram vokalisnya kumpulan itu, Ifan mengesahkan Herman dan Ujang maut dalam kejadian itu.
“Selamat jalan Herman, 'husnul khotimah'. Kawan-kawan semua, maafkan semua kesalahan abang Herman.
“Selamat jalan juga kepada Ujang. Ujang orang yang baik. Insyallah kamu Herman dan Ujang ditempatkan di sisi Allah yang paling mulia,” kata Ifan.
Terdahulu, Ifan turut mengesahkan pemain bass kumpulan itu, Bani merupakan antara korban kejadian tsunami itu.
Sementara itu, muat naik terbaharu Ifan turut mengundang sebak.
Ia merupakan harijadi isterinya, Dylan Sahara yang masih belum ditemui.
“Hari ini hari jadi kamu, aku mahu ucapkan kepada kamu. Cepat pulang sayang, @dylan_sahara,’ katanya melalui muat naik di Instagram yang berbentuk gambar hitam putih pasangan tersebut di Paris.
No comments
Post a Comment