IPOH - Speaker Dun Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menolak usul Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan pada Sidang Dun Perak.
Beliau berkata, usul tersebut dibawa oleh Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PKR-Chenderiang).
Bagaimanapun, beliau berkata usul yang dikemukakan Ahmad Faizal juga Menteri Besar Perak itu ditarik balik selepas ia dikemukakan.
“Di bawah Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan, semua perkara berkaitan konvensyen antarabangsa dan hal-hal berkenaan badan antarabangsa adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
“Alasan kedua, isu meratifikasikan ICERD jadi perkara akademik memandangkan Kerajaan Persekutuan mengumumkan keputusan pada 23 November 2018 untuk tidak meratifikasi ICERD ini,” katanya pada Sidang Dun Perak di sini, hari ini.
Bagaimanapun, keputusan tersebut dipertikai Ahmad Saidi kerana menganggap ia perlu dibentangkan sebagai sokongan kepada keputusan yang dibuat Kerajaan Persekutuan.
Namun Koo Ham kekal dengan keputusan untuk tidak memasukkan usul tersebut daripada dibincangkan pada Sidang Dun kali ini.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/speaker-dun-perak-tolak-usul-icerd-1.912055
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/speaker-dun-perak-tolak-usul-icerd-1.912055
No comments
Post a Comment