Berkeluasan 55.4 hektar, pulau yang memiliki paya bakau dan berada betul-betul di hadapan kuala Merchang itu mempunyai pelbagai kelebihan untuk dibangunkan.
Ariffin harap projek Chalet Paya Bakau membuahkan hasil. |
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menjangkakan pulau itu akan menjadi destinasi eko pelancongan yang menarik negeri Terengganu.
"Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Amat atau Gong Kassim telah mengutarakan cadangan pembinaan Chalet Paya Bakau di bawah projek ekonomi Program Desa Lestari.
"Berdasarkan tinjauan, saya amat berharap projek kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bernilai RM4 juta ini membuahkan hasil," katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan cadangan di lokasi hari ini.
Beliau hadir bersama Timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong turut meninjau projek pembinaan jambatan Pulau Ranggut yang telah siap sekitar 50 peratus.
"Jambatan ini dijangka siap April tahun depan. Dijangkakan dengan adanya akses jalan, ianya akan memudahkan lagi pembangunan di sini," katanya.
YB Sulaiman Sulong. |
Dalam pada itu, Sulaiman menyatakan Pulau Ranggut termasuk dalam Rancangan Tempatan (RT) daerah untuk dibangunkan sebagai Desa Lestari.
"Kita juga merancang penempatan khusus nelayan yang tersusun bagi memastikan para nelayan mendapat ruang kebajikan yang diperlukan.
"Kita juga akan memastikan muara Merchang dibaiki dan dibina benteng pemecah ombak.
"Setakat ini, semua yang dirancang berada pada garis yang betul seperti yang kita kehendaki.
Penerangan MPKK tentang cadangan pembangunan. |
Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Anuar Awang.
Jambatan Pulau Ranggut |
No comments
Post a Comment