Muhamad Izzat Nasuruden
05 Disember 2018 8:46 PM
KUALA LUMPUR 5 Dis. - Kaedah pembayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyebabkan majikan terbeban.
Memetik laporan portal Astro Awani, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya membantah kaedah tersebut kerana dibuat tanpa persetujuan pihak berkepentingan.
"MEF akan berhubung dengan PTPTN mengenai perkara ini. Sudah pasti perkara ini telah diumumkan PTPTN tanpa perbincangan dengan pihak majikan.
"Mereka perlu membuat perbincangan sebelum mengumumkan perkara sedemikian kerana akan menyebabkan kekeliruan," katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, kaedah PGB tidak boleh dilakukan berdasarkan peratusan gaji yang diterima pekerja sebaliknya dipotong berdasarkan amaun tetap.
"Sebenarnya, saya merasakan lebih elok kalau pihak PTPTN mengatakan bahawa untuk mereka (peminjam) yang bergaji tahap sedemikian dengan amaun dipotong, jika dibandingkan dengan peratusan daripada gaji berkenaan.
"Kalau gaji itu berdasarkan amaun dan sebagainya. Kita tidak mahu ada kecelaruan dalam kalangan majikan dalam perkara ini," katanya. - UTUSAN ONLINE
Tag Berkaitan
PTPTN
Kuala Lumpur
Masyarakat
Terkini
Popular
Akhirnya 'kantoi'
Akhirnya 'kantoi'
Beza 23 tahun bukan penghalang bina perkahwinan
Beza 23 tahun bukan penghalang bina perkahwinan
Saya kecewa, malu
Saya kecewa, malu
Rebut janda muda, identiti lelaki dikerat 10 dikenal pasti
Rebut janda muda, identiti lelaki dikerat 10 dikenal pasti
Serang One City: Ada individu berucap sebelum rusuhan
Serang One City: Ada individu berucap sebelum rusuhan
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dasar-baharu-bayaran-ptptn-membebankan-majikan-1.799830#ixzz5YokluElR
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments
Post a Comment