MEMORANDUM
GERAKAN PEMBELA UMMAH (UMMAH)
Keadilan untuk Muhammad Adib Memerlukan
Waytha Moorthy dan M Kulasegaran dilucutkan jawatan sebagai Menteri
1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sebagai gabungan lebih daripada 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara, amat berduka cita dengan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim pada 18 Disember 2018, dan sesungguhnya percaya bahawa rakyat pelbagai latar menangisi pemergiannya sebagai wira Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang gugur ketika berbakti untuk negara. Ucapan sepenuh takziah kami panjangkan kepada ahli keluarga Adib.
2. Gugurnya Adib adalah akibat serangan tidak berperi-kemanusiaan oleh para perusuh dan ekstremis Hindu di sekitar kawasan Kuil Sri Maha Mariaman, di Seafield. UMMAH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas para pelampau ini, dan menyambut baik pengumuman Polis Diraja Malaysia yang mengklasifikasikan semula siasatan kejadian tersebut sebagai kes bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
3. Dalam pada UMMAH meletakkan kepercayaan penuh untuk tatacara dan proses keadilan dilaksanakan, UMMAH juga ingin menegaskan bahawa punca dan akar permasalahan kejadian rusuhan di Kuil tersebut sehingga mengorbankan Adib, perlu ditangani dengan tegas dan segera:-
(a) dalam sidang media pada 26.11.2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthytelah menuduh kononnya pihak Polis lambat bertindak dan memberikan maklumat salah dalam rusuhan tersebut. Ini membuka ruang dan menghasut kebencian orang ramai terhadap pihak berkuasa;
(b) pada 27.11.2018, Waytha dan Menteri Sumber Manusia Kulasegaran cuba menghasut kaum Hindu di kawasan Kuil Seafield tersebut untuk membelakangkan Penghakiman Mahkamah Tinggi yang telah diputuskan sejak dari tahun 2014 agar Kuil tersebut dipindahkan (dengan bayaran pampasan yang telah dibuat dan tanah gantian yang telah disediakan, di mana Kuil baharu sudah pun siap didirikan dan mula beroperasi), hanya semata-mata kerana kedua-dua Menteri ini ingin tampil sebagai wira kepada satu kaum.
4. UMMAH percaya di sinilah mula kebencian kepada pihak berkuasa dibakar, atas hasutan oleh Menteri-Menteri tidak bertanggung jawab, dan atas campur tangan terhadap pertikaian yang telah pun sebenarnya diputuskan oleh Mahkamah. Sikap angkuh, bongkak dan sombong membelakangkan kedaulatan undang-undang, serta sewenang-wenangnya mencampuri bidangkuasa kehakiman oleh eksekutif ini menjadi punca kepada rusuhan oleh para pengganas Hindu tersebut, sehingga akhirnya mengorbankan Adib.
5. Justeru, UMMAH mendesak dan menggesa pihak Kerajaan agar mengambil langkah-langkah tegas seperti berikut:-
(a) Perdana Menteri perlu dengan segara dan serta merta memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio perpaduan) Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia Kulasegaran, atas rekod buruk menyebarkan fitnah dan kebencian terhadap hubungan baik sesama kaum dan pihak berkuasa. Waytha dan Kulasegaran tidak mempunyai kelayakan mahupun kredibiliti untuk memegang sebarang jawatan awam, atas sikap rasis dan kebenciannya yang melampau, serta kejahilannya terhadap prinsip Kedaulatan Undang-Undang;
(b) Polis perlu segera dan tanpa lengah menyiasat kedua-dua Menteri, Waytha dan Kulasegaran di bawah peruntukan-peruntukan perundangan berikut:-
(i) seksyen 186, 188 dan 217 Kanun Keseksaan, iaitu membelakangkan undang-undang, menghalang tugas penjawat awam, dan cuba untuk mengingkari keputusan Mahkamah;
(ii) seksyen 505(b) dan (c) Kanun Keseksaan, iaitu membuat kenyataan yang melaga-lagakan di antara dua komuniti agama; dan
(iii) seksyen 4(1) Akta Hasutan, dibaca bersama seksyen 3(1)(e), iaitu mengembangkan perasaan niat jahat, permusuhan dan kebencian antara kaum.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
HJ AMINUDDIN BIN YAHAYA
Pengerusi UMMAH
No comments
Post a Comment