Oleh KAM
KUALA LUMPUR: Himpunan Aman Kesyukuran Bantah ICERD di Dataran Merdeka, hari ini berjaya menyatupadukan lebih 500,000 rakyat tanpa mengira fahaman politiknya.
Himpunan aman itu disifatkan paling berjaya dan aman berbanding dengan himpunan Bersih sebelum ini.
Para peserta himpunan ICERD berkumpul di empat tempat berasing sebelum bergerak ke Dataran Merdeka, dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Ratusan ribu umat Islam berkumpul Kompleks SOGO, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum bercantum di Dataran Merdeka.
Di dataran itu, beberapa orang pimpinan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk PAS dan Umno turut berucap bagi menyatakan pendirian mereka menentang ICERD.
Antaranya, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Penggerak Ummah.
Dato’ Seri Abdul Hadi mengulangi, amaran keras parti itu bersedia mengerahkan jutaan rakyat ke jalan raya buat kali keduanya, jika hasrat ICERD itu diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kami ahli-ahli parlimen pembangkang menyuarakan penentangan terhadap ICERD yang cuba dibawa oleh kerajaan pakatan (PH).
“Kami akan kerah berjuta rakyat ke jalan raya lagi, jika mereka (PH) meneruskan ICERD selepas ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup himpunan itu di Dataran Merdeka, hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu melahirkan rasa dukacita, dengan tindakan kerajaan PH ingin meluluskan ICERD.
Katanya, dalam keadaan kerajaan PH yang menang dengan simple majoriti pada PRU14 lalu.
“Pakatan Harapan dapat simple majoriti, tak sampai majoriti dua pertiga. Mereka berani bawa ICERD”, ujarnya di hadapan ratusan ribu rakyat.
Tegas Dato” Seri Abdul, Iskam mengajar jati diri dan tidak tunduk kepada kehinaan.
No comments
Post a Comment