KPT MEMBANTAH ICERD DAN MENYATAKAN SOKONGAN HIMPUNAN AMAN 8 DISEMBER
Isu ICERD sedang hangat diperkatakan di seluruh Malaysia. Oleh itu, saya tertarik untuk menyentuh isu yang sedang melanda di Malaysia iaitu mengenai usaha untuk menandatangani dan mengesahkan ICERD di Malaysia.
Apa Itu ICERD?
ICERD adalah ringkasan daripada International Convention on the Elimination of All Form of Racial Discrimination ataupun dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum.
Rasulullah S.A.W bersabda :
Ł Ł Ų§ŁŲŖŁ Ų³ Ų±Ų¶Ų§Ų” Ų§ŁŁŁ ŲØŲ³Ų®Ų· Ų§ŁŁŲ§Ų³ ŁŁŲ§Ł Ų§ŁŁŁ Ł Ų¤ŁŲ© Ų§ŁŁŲ§Ų³، ŁŁ Ł Ų§ŁŲŖŁ Ų³ Ų±Ų¶Ų§Ų” Ų§ŁŁŲ§Ų³ ŲØŲ³Ų®Ų· Ų§ŁŁŁ ŁŁŁŁ Ų„ŁŁ Ų§ŁŁŲ§Ų³.
“Sesiapa yang mahukan keredhaan Allah walaupun dimarahi manusia, nescaya Allah meredhainya. Dan Allah menjadikan manusia meredhainya. Barangsiapa yang mahukan keredhaan manusia walaupun dimurkai Allah nescaya Allah murka terhadapnya dan dijadikan manusia juga memarahinya.” (Riwayat : At-Tarmizi )
Menerusi daripada rentetan hadis tersebut, maka KPT menyeru kepada semua ahli KPT khususnya dan semua rakyat Malaysia umumnya supaya menyatakan bantahan sekeras-kerasnya atas sebarang usaha Malaysia untuk menandatangani ICERD dan mengutuk segala usaha yang dilakukan bagi meratifikasikan ICERD. Bantahan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan masa depan negara daripada terjejas.
Malaysia tiada keperluan untuk menandatangani konvensyen ICERD kerana negara sudah menunjukkan kepada dunia keunikan formula Malaysia, iaitu kontrak sosial yang dimeterai ketika kemerdekaan negara pada 1957.
ICERD tidak mendatangkan sebarang hikmah, bahkan mengundang musibah yang lebih besar kerana berpotensi untuk membuka ruang kepada mana-mana pihak mencabar keabsahan (kesahan ) perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan ICERD pada masa akan datang serta membuka ruang kepada mana-mana pihak mencabar kedudukan Islam dalam perlembagaan yang memperuntukkan keistimewaan terhadap agama Islam.
Kesimpulannya, saya mewakili Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) membantah sekeras-kerasnya ICERD daripada ditandatangani dan disahkan di Malaysia. Maka, ayuh kita sama-sama menyatakan bantahan sama ada melalui media massa mahupun menghadiri Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 ini.
“Mahasiswa Berkredibiliti Peneraju Kesatuan”
“Berilmu dan Beramal”
Disediakan oleh :
WAN AMIRATUL SYAKIRAH BINTI WAN ABDULLAH LUTFI,
NAIB PENGERUSI HEWI,
KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU MESIR (KPT)
SESI 2018/2019.
No comments
Post a Comment