Alhamdulillah, keputusan pemilihan Jawatankuasa Majlis Peguam baru sahaja diumumkan.
Calon-calon yang jelas pendirian mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD seperti Tuan Lukman Sheriff, Tuan Yusfarizal Yusof dan rakan-rakan telah menang dan terpilih; manakala calon-calon yang menyokong ICERD seperti Siti Kasim and the gang telah disapu keluar.
Melalui pemilihan ini, para peguam serata Negeri-Negeri Tanah Melayu telah bersuara. Bak kata Tuan Lukman, kita telah “stand and be counted”, untuk menyapu dan menyingkir keluar anasir-anasir anti-Perlembagaan.
Tahniah.
Syukur, dan puji-pujian kepada Tuhan.
Daripada 10 calon-calon yang disarankan selamat untuk diundi (rujuk posting kempen di sini: https://www.facebook.com/1245669741/posts/10218895379995939/ ), 8 telah terpilih masuk. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa jika kita bersatu-padu, dan memainkan peranan masing-masing untuk terlibat dalam proses mengundi, kita sebenarnya boleh mengambil-alih Bar Council supaya dapat dikembalikan kepada jalan yang lurus dengan matlamat asalnya yang suci.
P/S:
* Saya menggunakan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu, selaras dengan istilah Perlembagaan Persekutuan, Perkara 121(1)(a), kerana pemilihan kali ini adalah hanya untuk para peguam yang menjalankan amalan guaman di Negeri-Negeri Tanah Melayu (bukan di Sabah atau Sarawak).
** Nota: Senarai dalam gambar, 12 nama teratas yang di-bold hitam, adalah 12 calon yang telah menang dan terpilih; manakala yang selebihnya adalah calon yang kandas.
No comments
Post a Comment