Oleh: Dr Ahmad Sanusi Azmi
1. SEMALAM, ML Studios memaparkan video mengenai seorang peguam yang mengkritik hukuman dikenakan oleh Negeri Terengganu terhadap mereka yang tidak menunaikan solat fardu. Tuan Peguam berkenaan menyifatkan langkah Negeri Terengganu itu sebagai tindakan yang memalukan.
2. Peguam itu turut melihat kesalahan tidak solat ini hanyalah dosa peribadi yang tidak mengganggu sesiapa pun. Inilah konsep dosa peribadi yang dibawa oleh golongan liberal. Mereka menuntut kebebasan individu yang mutlak.
Ia sama seperti gesaan LGBT yang menuntut kebebasan mutlak untuk melakukan apa sahaja di sebalik pintu. Apakah kita ingin membiarkan masyarakat rosak dengan kehendak peribadi mereka untuk menonton ponografi, berkhalwat, mendekati zina dan sebagainya?
3. Atas sebab itu sebahagian sarjana muslim mengharuskan operasi siasatan bagi mencegah dosa yang merosakkan individu muslim di ruang peribadi. Al-Imam Ibn Hajar menegaskan bahawa:
"Benar, seseorang tidak boleh melakukan tajassus (intipan) terhadap Muslim yang lain. Namun sekiranya sesuatu aduan telah dibuat dari orang yang dipercayai (thiqah), maka ia adalah sesuatu yang diharuskan bagi mencegah kemungkaran. (Fath al-Bari, 10/482)
4. Pandangan yang hampir sama dinukilkan oleh al-Imam Nawawi yang menyatakan pandangan al-Imam al-Haramain dan al-Mawardi berhubung keharusan melakukan operasi siasatan bagi mencegah perlakuan jenayah zina (Syarh al-Nawawi, 2/26). Ini bererti "moral policing" adalah sesuatu yang wujud di dalam Islam. Tidak seperti liberal yang menuntut kebebasan mutlak individu dan menolak polis moral.
5. Konsep ini jelas termasuk dalam kempen mencegah kemungkaran yang dituntut dalam Islam. Dalam al-Quran, Allah menyifatkan Bani Israel sebagai bangsa yang dilaknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:
ŁَŲ§ŁُŁŲ§ ŁَŲ§ ŁَŲŖَŁَŲ§ŁَŁْŁَ Ų¹َŁْ Ł
ُŁْŁَŲ±ٍ ŁَŲ¹َŁُŁŁُ ŁَŲØِŲ¦ْŲ³َ Ł
َŲ§ ŁَŲ§ŁُŁŲ§ ŁَŁْŲ¹َŁُŁŁَ
"Mereka sentiasa tidak mencegah (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan." (Surah al-Maidah: 79).
6. Di dalam Surah al-Tawbah pula, Allah menyifatkan antara sifat orang munafiq itu adalah mereka yang tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:
Ų§ŁْŁ
ُŁَŲ§ŁِŁُŁŁَ ŁَŲ§ŁْŁ
ُŁَŲ§ŁِŁَŲ§ŲŖُ ŲØَŲ¹ْŲ¶ُŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ ŲØَŲ¹ْŲ¶ٍ ŁَŲ£ْŁ
ُŲ±ُŁŁَ ŲØِŲ§ŁْŁ
ُŁْŁَŲ±ِ ŁَŁَŁْŁَŁْŁَ Ų¹َŁِ Ų§ŁْŁ
َŲ¹ْŲ±ُŁŁِ
"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik." (Surah al-Taubah:67).
7. Bahkan Rasulullah ļ·ŗ mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah ļ·ŗ :
((Ł
Ų§ Ł
Ł ŁŁŁ
ٍ ŁُŲ¹ْŁ
َŁ ŁŁŁŁ
Ų§ŁŁ
Ų¹Ų§ŲµŁ، Ų«Ł
ŁŁŲÆŲ±ŁŁ Ų¹ŁŁ Ų£Ł ŁŲŗŁِّŲ±ŁŲ§ Ų«Ł
ŁŲ§ŁŲŗŁŲ±ŁŲ§؛ Ų„ŁŲ§ ŁŁŁŲ“Ł Ų§ŁŁŁ Ų£Ł ŁŲ¹Ł
َّŁŁ
ŲØŲ¹ŁŲ§ŲØٍ))
"Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya" (HR Abu Daud)
Moga Allah membimbing muslim dengan al-Quran dan menghidupkan semangat amar makruf dan nahi mungkar.
No comments
Post a Comment