Ir Saiful Azmi Suhaili cuba berinteraksi dengan Ramli Muda yang terlantar sakit kronik. |
KEMAMAN, 14 November - Pesakit kronik diberi perhatian serius dan akan dibantu Kerajaan Terengganu melalui bantuan sara hidup Tabung Darul Iman (TDI).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, bantuan sara hidup pesakit kronik perlu dimanfaat sepenuhnya terutama untuk menjaga serta mengurus ahli keluarga mereka yang sakit.
"Keluarga atau pesakit boleh ke pejabat ADUN untuk mendapatkan borang bantuan TDI, bersama surat sokongan pihak hospital dan dengan syarat-syarat utama yang mudah," ujar Ir Saiful Azmi.
Beliau ditemui ketika menyerahkan bantuan TDI kepada pesakit kronik terlantar, Ramli Muda, 61, di Kampung Cabang Kertih, di sini, semalam.
Sementara itu, isteri pesakit kronik tersebut, Mahsuri Abdul Rahman, 58, cukup terharu menerima kunjungan ADUN Kemasik yang datang sendiri menyerahkan sumbangan TDI.
"Suami diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu, walaupun mendapat bantuan kewangan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta bantuan anak-anak, namun bantuan yang diterima hari ini sangat bermakna.
"Inilah kali pertama kami menerima bantuan susu dan pampers dari TDI, ianya dapat meringankan beban kewangan terutamanya harga susu yang sangat mahal.
"Terima kasih kepada wakil rakyat yang datang berkunjung ke rumah, melawat suami dan menyerahkan bantuan susu dan pampers hari ini," kata Mahsuri lagi.
Sumber: https://www.teganukita.net/2018/11/tabung-darul-iman-bantu-keluarga-urus.html
setiap permohonan berapa tahun baru boleh dibayar
ReplyDelete