NOTIS:
Ratifikasi ICERD ditangguh
Manirajan Ramasamy
cnews@nstp.com.my
KABINET hari ini sebulat suara, menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) demi kepentingan rakyat dan keselamatan negara.
Sumber berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pendirian kerajaan itu, lewat hari ini.
"Kerajaan berharap penangguhan itu akan menamatkan terus perdebatan berkaitan ICERD serta ketegangan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” katanya.
Dr Mahathir sebelum ini, dilaporkan berkata, ICERD menyentuh kebebasan dan kurang diskriminasi, manakala Artikel 153 Perlembagaan negara, memperkatakan keistimewaan ‘pribumi' dan penduduk asal.
“Sesetengah orang mentafsir artikel terbabit sebagai membezakan antara rakyat. Jadi jika mereka fikir ini mendiskriminasikan orang lain dan jika kita cuba menghapuskannya, ia bertentangan Perkara 153," katanya.
Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, dalam kes ini, Perkara 153 adalah relevan dan tidak boleh dipinda tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen.
"Kerajaan hari ini tidak mempunyai majoriti. Untuk mencapai itu, kerajaan juga mesti mendapat sokongan parti pembangkang, namun pada masa sama, sesetengah anggota kerajaan juga menentangnya,” katanya.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, menegaskan yang kerajaan tidak akan menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 November 2018 @ 3:10 PM
Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/397712/ratifikasi-icerd-ditangguh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment