1. SEKUMPULAN lelaki sedang leka berhibur dalam keadaan bogel di Bandar Baru Bangi telah diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jam 10.15 malam kelmarin dipercayai terbabit dalam aktiviti seks songsang.
2. Menurut laporan Metro, parti Gay tersebut disifatkan sebagai ekslusif kerana hanya dihadiri oleh golongan tertentu sahaja. Malah ada dikalangan mereka juga dikatakan sebagai positif HIV.
3. Ini yang amat membimbangkan Nabi. Rasulullah ļ·ŗ dalam sabdanya menyatakan:
Ų„ِŁَّ Ų£َŲ®ْŁَŁَ Ł
َŲ§ Ų£َŲ®َŲ§Łُ Ų¹َŁَŁ Ų£ُŁ
َّŲŖِŁ Ų¹َŁ
َŁُ ŁَŁْŁ
ِ ŁُŁŲ·ٍ
"Antara perkara yang paling aku takuti (bimbangi) di kalangan umat aku adalah perlakuan kaum Nabi Lut."
4. Kebimbangan Rasulullah ļ·ŗ ini seharusnya menjadi kebimbangan kita semua. Kempen kesedaran dan dakwah secara berhikmah kepada masyarakat perlu diperkasakan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku.
5. Operasi seharusnya diteruskan bagi mencegah maksiat, bukan beralasan dengan maksiat peribadi atau dosa tersembunyi atau bukan semua gay itu songsang.
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies
Oxford Centre for Islamic Studies
No comments
Post a Comment