PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA MAULIDUR RASUL 1440H
Firman Allah Taala:
ŁُŁَ Ų§ŁَّŲ°ِŁ Ų£َŲ±ْŲ³َŁَ Ų±َŲ³ُŁŁَŁُ ŲØِŲ§ŁْŁُŲÆَŁٰ ŁَŲÆِŁŁِ Ų§ŁْŲَŁِّ ŁِŁُŲøْŁِŲ±َŁُ Ų¹َŁَŁ Ų§ŁŲÆِّŁŁِ ŁُŁِّŁِ ŁَŁَŁْ ŁَŲ±ِŁَ Ų§ŁْŁ ُŲ“ْŲ±ِŁُŁŁَ
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad S.A.W.) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (Surah As-Soff: 9)
Rasulullah S.A.W diutuskan kepada umat akhir zaman bagi membawa risalah Tuhan, mentauhidkanNya serta menyebarkan ajaran Islam sebagai Ad-deen mengikut tafsiran Al-Quran dan Sunnah Baginda S.A.W.
Risalah Nabi S.A.W adalah rahmat bagi sekalian alam. Mengajar bermuamalah dengan orang Islam dan bukan Islam. Disyariatkan mendidik dan menghukum kepada pesalahnya, lembut ataupun keras.
Firman Allah Taala:
ŁَŁ َŲ§ Ų£َŲ±ْŲ³َŁْŁَŲ§Łَ Ų„ِŁَّŲ§ Ų±َŲْŁ َŲ©ً ŁِّŁْŲ¹َŲ§ŁَŁ ِŁŁَ
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Surah Al-Anbiya': 107)
Marilah kita mensyukuri nikmat Allah kerana menjadikan kita umat Nabi Muhammad S.A.W. Kita buktikan kasih kepada Baginda S.A.W dengan mengamalkan petunjuknya dan berjuang untuk menegakkan ajarannya.
Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W. di bulan yang mulia ini. Semoga kita bersama kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W di Hari Akhirat nanti. Nabi S.A.W bersabda:
Ų§ŁْŁ َŲ±ْŲ”ُ Ł َŲ¹َ Ł َŁْ Ų£َŲَŲØَّ
“Seseorang itu bersama siapa yang dia sayangi”. (Muttafaqun ‘Alaih)
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 November 2018 / 12 Rabi’ul Awwal 1440
No comments
Post a Comment