Contohi Peribadi Rasulullah SAW, Terengganu Terapkan Kebajikan dan Keamanan
12 Rabi’ul Awwal adalah hari yang amat istimewa dalam sejarah Islam. Rasulullah SAW dilahirkan membawa rahmat ke seluruh alam sebagai contoh teladan kepada umat manusia. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya memperingati kelahiran Rasulullah SAW.
Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’, kita harus mencontohi kepimpinan dan peribadi Baginda SAW sebagai asas pewujudan negara madani.
Rasulullah SAW telah berjaya memimpin sebuah negara Islam pertama yang digeruni dan dihormati pada ketika itu. Kebajikan rakyat dan keamanan negara terjamin dengan gagasan kesejahteraan berlandaskan syariat yang dibawa oleh Baginda SAW.
Dalam konteks hari ini, kepimpinan sebeginilah yang ingin diterapkan dalam pentadbiran Negeri Terengganu di mana kebajikan rakyat dan keamanan negeri menjadi keutamaan. Pada masa yang sama, patuh kepada syariat serta berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Bersempena dengan Maulidur Rasul tahun ini, saya menyeru semua rakyat Terengganu untuk sama-sama menghayati pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dalam memastikan Islam sampai kepada kita hari ini. Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menambahkan lagi kecintaan kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
Salam Maulidur Rasul 1440 Hijrah.
Sekian.
‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’
‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’
Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
19 November 2018
#TerengganuMajuBerkatSejahtera #MaulidurRasul #1440Hijrah
https://www.teganukita.net/2018/11/perutusan-khas-mb-terengganu-sempena.html
No comments
Post a Comment