NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perak tolak ratifikasi ICERD



IPOH, 14 Rabiulawal 1440H, Khamis
– Senada dengan Kedah, Pahang dan Terengganu, kerajaan Perak turut menyatakan pendirian sama menolak sebarang bentuk tindakan untuk meratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pendirian itu selari dengan keputusan kerajaan Persekutuaan, walaupun ia belum dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat negeri.
"Perdana Menteri sendiri tegas mengenai perkara ini bahawa ia tak akan laksana ICERD. Jadi saya fikir kerajaan negeri turut selari dengan perkara tersebut.

"Sekarang bukan masa sesuai untuk bercakap tentang perkara ini sedangkan banyak lagi perkara lain yang kita perlu bekerjasama bagi memastikan negara kembali ke landasan sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Air Perak kali ke-15 di Bangunan Lembaga Air Perak (LAP), hari ini.
Sehingga kini, tiga kerajaan negeri secara jelas menyatakan pendirian menolak sebarang usaha meratifikasi ICERD iaitu Kedah, Pahang dan Terengganu.

Semalam, semua 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang sebulat suara meluluskan usul tergempar menolak ratifikasi ICERD.

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969, di mana negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan kaum.

Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/11/22/perak-tolak-ratifikasi-icerd/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo