NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembunuhan Jamal Khashoqqi: Bodoh Dan Tidak Berakhlak

Peristiwa pembunuhan paling kejam terhadap Jamal Khashoqgi, wartawan tersohor di peringkat antarabangsa menggemparkan seluruh dunia. Hukuman tidak sepadan dengan tuduhan terhadapnya yang dikira layak dihukum bunuh, sehingga sifat dan caranya lebih jahiliah dan jahat daripada yang jakun di hutan rimba.

Saya membaca dan mendengar secara terperinci rakaman temu ramah dan dialog wartawan tersebut. Bahasanya halus dan sangat bijaksana. Hanya kerana mengkritik kerajaannya yang menutup pintu kebebasan mengkritik (memberi nasihat), walaupun kritikan itu adalah kewajipan besar dalam agama Islam (Amar Maaruf dan Nahi Mungkar) dan konsep demokrasi yang dikenali terkini menggalakkan teguran membina dan nasihat yang berfaedah kepada pihak berkuasa supaya jangan salah laku, sehingga mengongkong rakyat yang menegurnya. 

Berlakunya pula penahanan para ulama, ada khatib yang diseret turun dari mimbar masjid. Adanya ilmuan dan pemimpin masyarakat di negara yang dicintainya  ditahan kerana memberi pandangan, termasuk kalangan yang diam tidak menyokong kerajaan juga dikira satu kesalahan. Paling tegas Almarhum Khashoqgi menyatakan tiada faedah negaranya mengadakan hubungan sulit dengan negara haram Israel. 

Kenyataannya yang tajam dan berani, menegaskan bahawa sesiapa yang mengecewakan Baitul Maqdis tidak layak menjaga dua Tanah Suci Makkah dan Madinah. 

Semua nasihat itu dianggap kesalahan yang boleh dihukum bunuh dengan dipancung kepala, dihancur lumat jasadnya, kemudian dibawa pulang kepalanya dalam beg diplomatik untuk dipersembahkan kepalanya menjadi bukti kepada pihak yang membuat keputusan menghapuskannya. Peristiwa ini dikecam seluruh pelosok dunia Islam dan bukan Islam kerana berlaku di luar sikap kemanusiaan. 

Dalam kisah Melayu purba, diceritakan Raja Negeri bernama Temasik menjatuhkan hukuman bunuh ke atas seorang pemuda yang mencadangkan kepada raja yang memerintah rakyatnya menahan betis apabila negeri diserang ikan todak. Pemuda itu menasihati digunakan batang pisang untuk dijadikan benteng pertahanan, jangan menyakitkan betis. Malangnya hukuman terhadap pemuda itu ialah dibunuh, kerana bijak dan cerdiknya membahayakan negara. Nanti boleh membahayakan kedudukan  jamaah menteri dan rajanya yang bodoh itu. 

Begitulah juga dikisahkan negara Greek purba yang bertamadun, membunuh ahli falsafah kerana kebijaksanaannya. Ada juga kisah raja yang memerintah supaya dipotong tangan arkitek yang melukis pelan istananya yang indah, supaya jangan diambil oleh pihak lain yang boleh membuat istana sepertinya atau lebih cantik daripadanya. Demikianlah kisah-kisah apabila si bodoh menjadi pemimpin, orang yang bijak mesti dibunuh kerana dianggap bahaya kepada negara. 

Islam berjaya mencipta tamadunnya kerana memuliakan ahli ilmu dan orang yang bijaksana, termasuk dalam ilmu duniawi daripada pelbagai bangsa dan agama, daripada Timur dan Barat, kerana firman Allah:

ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų§Ų¬ْŲŖَŁ†َŲØُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ų·َّŲ§ŲŗُŁˆŲŖَ Ų£َŁ† ŁŠَŲ¹ْŲØُŲÆُŁˆŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†َŲ§ŲØُŁˆŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł„َŁ‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲØُŲ“ْŲ±َŁ‰ٰ ۚ ŁَŲØَŲ“ِّŲ±ْ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆِ (17) Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠَŲ³ْŲŖَŁ…ِŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْŁ‚َŁˆْŁ„َ ŁَŁŠَŲŖَّŲØِŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų£َŲ­ْŲ³َŁ†َŁ‡ُ ۚ Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł‡َŲÆَŲ§Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ۖ ŁˆَŲ£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ْ Ų£ُŁˆŁ„ُŁˆ Ų§Ł„ْŲ£َŁ„ْŲØَŲ§ŲØِ (18)

“Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja taghut (pelampau) serta mereka merujuk kembali yakni taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu (18); Mereka yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya, lalu mereka memilih dan menurut akan yang terbaik (pandangan dan pendapatnya); Mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna” (19). (Surah Az-Zumar: 17-18)

Walaupun ayat ini asalnya dikaitkan dengan aqidah, tetapi Al-Quran adalah petunjuk dalam urusan agama dan urusan dunia yang menjadi jambatan menuju Akhirat. Ini telah ditafsirkan oleh sabda Rasulullah S.A.W.:

Ų§Ł„Ų­ŁƒŁ…Ų© Ų¶Ų§Ł„Ų© Ų§Ł„Ł…Ų¤Ł…Ł† ŁŲ£Ł†Ł‰ ŁˆŲ¬ŲÆŁ‡Ų§ ŁŁ‡Łˆ Ų£Ų­Ł‚ ŲØŁ‡Ų§

“Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir yang menjadi milik orang yang beriman, maka di mana sahaja ia dijumpai, dialah yang paling berhak mengambilnya”. 

Kembali kepada laporan media terkini, peristiwa pembunuhan kejam tersebut menunjukkan segala keterangannya sangat nyata, terang lagi bersuluh, sehingga tidak mampu dinafikan, bahawa Jamal Khashoqgi Rahimahullah telah dibunuh kejam. Keterangan melalui rakaman video dan saksi inteligen Turki yang bertugas di situ tanpa disedarinya. Tindakan bunuh itu lebih dahsyat dari zaman purba, kerana cara bunuhnya itu sangat kejam dan ia diharamkan oleh agama dan undang-undang dunia. 

Bahkan Al-Quran dan Hadis lebih awal mengharamkan dicincang mayat musuh yang sudah mati dibunuh dalam peperangan yang diizinkan. Ini pula rakyatnya sendiri yang seagama dan sebangsa dengan negara yang paling ditonjolkan Islamnya tetapi sangat memalukan penganut Islam di seluruh pelosok dunia. Bukan Islam tidak tahu bahawa caranya itu paling tidak Islamik.

Apa yang dilakukan terhadap mayat Almarhum Jamal Khashoqgi itu dahsyat dan mengerikan. Sehingga Presiden Donald Trump mengaku tidak tahan menyaksikan semuanya dan membela pelakunya kerana tidak percaya kepada CIA kepunyaan negaranya sendiri. Akalnya tidak boleh percaya atau buat tidak percaya jasadnya dicincang dan dihancurkan dengan bahan kimia. Manakala kepalanya dibawa pulang ke negara asal untuk menjadi bukti kepada pihak berkenaan. 

Adapun mengikut laporan rasmi kerajaan Turki, tempat berlakunya jenayah kejam ini di bangunan Konsulat Saudi di Istanbul. Pelakunya ramai dan berpasukan yang datang ke Istanbul dengan dua pesawat khas, menggunakan pasport dan beg diplomatik. 

Pembunuhan dilakukan di bangunan Konsulat Arab Saudi yang mendapat hak Undang-undang Antarabangsa yang tidak boleh dimasuki dengan sewenang-wenangnya, melainkan dengan keizinan khas walaupun pihak polis Turki, negara tuan rumah tempat di mana berlakunya pembunuhan kejam itu.

Sehingga kini pihak Turki tidak boleh bertindak bagi menyempurnakan siasatan terhadap rombongan penjenayah yang disenaraikan dengan gambar wajah dan pengenalannya yang dirakamkan penuh segala pergerakannya, kerana sudah keluar pulang dan berada dalam negara mereka itu. 

Adapun negaranya yang bernama Arab Saudi pula telah membuat kenyataan sendiri beberapa kali, yang sentiasa berbeza-beza. Pihaknya pula menyatakan telah bertindak menyiasat dan menyenaraikan nama yang tidak boleh diumumkan. 

Jenayah yang bertaraf tinggi ini telah dikutuk oleh semua negara melainkan Israel dan beberapa pemimpin yang sewaktu dengannya. Israel bertindak demikian kerana kepentingan keselamatan dan keamanannya. Adapun pemimpin negara yang bersamanya kerana duit yang disuap atau keuntungan menjual senjata lebih penting daripada perikemanusiaan, maruah diri dan negara, tidak mempedulikan perkara lain selain daripada duit itu, walaupun sudah kaya raya.

Demikianlah kita sedang menyaksikan lagak negara paling kaya dan mengaku paling beragama serta paling demokratik, paling adil dan paling kuat menegakkan hak asasi manusia dan paling kuat Islamnya. Tiba-tiba paling pelahap harta walaupun sudah paling kaya, parahnya paling kejam berpusing ke belakang pada zaman jahiliah batu dan jakun paling purba.

Peristiwa ini mengingatkan kita sabda Rasulullah S.A.W.

Ų³ŁŠŲÆ Ų§Ł„Ų“Ł‡ŲÆŲ§Ų” Ų­Ł…Ų²Ų© ŲØŁ† Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł…Ų·Ł„ŲØ، ŁˆŲ±Ų¬Ł„ Ł‚Ų§Ł… Ų„Ł„Ł‰ Ų„Ł…Ų§Ł… Ų¬Ų§Ų¦Ų± ŁŲ£Ł…Ų±Ł‡ ŁˆŁ†Ł‡Ų§Ł‡، ŁŁ‚ŲŖŁ„Ł‡. Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„Ų­Ų§ŁƒŁ… - ŁˆŲµŲ­Ų­Ł‡ - ŁˆŲ§Ł„Ų®Ų·ŁŠŲØ، ŁˆŲµŲ­Ų­Ł‡ Ų§Ł„Ų£Ł„ŲØŲ§Ł†ŁŠ.   

“Penghulu para syuhada’ ialah Hamzah bin Abdul Muttalib dan seorang yang tampil menasihati pemimpin yang zalim, dia menyuruh (kepada kebaikan dan melarang kemungkaran), lalu dia dibunuh”.

Islam mengajar pemimpin negara supaya terbuka menerima nasihat dan teguran Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa’ Rasyidin R.A. dengan menjadikannya teladan paling baik. Mereka telah berlaku paling adil pada zamannya dan menjadi contoh kepada seluruh manusia sepanjang zaman, memberi keterbukaan dan keizinan dalam mengkritik dan menghukum terhadap salah lakunya kalau ada terpandang.

Al-Quran meriwayatkan kisah benar, betapa Nabi Daud A.S. bersujud taubat kerana merasakan dirinya bersalah. Nabi Sulaiman A.S. menerima laporan binatang burung dan mendengar pengaduan semut yang kecil dan lemah. Rasulullah S.A.W. meminta para sahabatnya menceritakan secara terus terang kalau ada apa-apa salah lakunya untuk bertaubat dan meminta kemaafan. Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. bersyukur kerana ada orang mengancamnya dengan pedang kalau dia menyeleweng dari kebenaran dan tidak berlaku adil.

Konsep demokrasi yang memberi hak kebebasan mengkritik terhadap pihak kerajaan adalah paling sinonim dengan konsep pemerintahan Islam yang meletakkan teguran terhadap pemimpin adalah jihad akbar. Inilah sunnah para Rasul dan para ulama yang menurut jejak langkahnya.

Benarlah Allah mendedahkan adanya manusia yang melampau lebih dari binatang:

ŁˆَŁ„َŁ‚َŲÆْ Ų°َŲ±َŲ£ْŁ†َŲ§ Ł„ِŲ¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ Ł…ِّŁ†َ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ†ِّ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ„ِŁ†Ų³ِ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØٌ Ł„َّŲ§ ŁŠَŁْŁ‚َŁ‡ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŁŠُŁ†ٌ Ł„َّŲ§ ŁŠُŲØْŲµِŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¢Ų°َŲ§Ł†ٌ Ł„َّŲ§ ŁŠَŲ³ْŁ…َŲ¹ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡َŲ§ ۚ Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ ŁƒَŲ§Ł„ْŲ£َŁ†ْŲ¹َŲ§Ł…ِ ŲØَŁ„ْ Ł‡ُŁ…ْ Ų£َŲ¶َŁ„ُّ ۚ Ų£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲŗَŲ§ŁِŁ„ُŁˆŁ†َ 

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati nurani yang boleh berfikir, (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya. Dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A’raaf: 179)

Apakah hikmah Allah menjadikan tanah air tempat lahir Rasulnya Ibrahim A.S. adalah tanah air Raja Namrud yang dilaknat. Tanah air Nabi Musa A.S. juga adalah negara kepada Firaun paling taghut. Begitulah Makkah dan Madinah Tanah Suci kelahiran Rasulullah S.A.W. adalah tempatnya Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdullah bin Ubai pemimpin munafik tersohor. Pada zaman ketiadaan Rasulullah S.A.W. bersama kita, segalanya tidak dijangka berlaku, maka keadaannya sangat menguji keimanan kita. 

Walaupun yang zalim itu terlepas daripada hukum dunia, kerana menyalahgunakan amanah kuasa memerintah. Allah berjanji dengan firmannya:

Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ¹َŁ…ِŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ§Ł„ِŲ­َŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ°َŁƒَŲ±ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ ŁˆَŲ§Ł†ŲŖَŲµَŲ±ُŁˆŲ§ Ł…ِŁ† ŲØَŲ¹ْŲÆِ Ł…َŲ§ ŲøُŁ„ِŁ…ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ³َŁŠَŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ Ų£َŁŠَّ Ł…ُŁ†Ł‚َŁ„َŲØٍ ŁŠَŁ†Ł‚َŁ„ِŲØُŁˆŁ†َ (227) 

“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah sebanyak-banyaknya, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, akan menuju ke mana, mereka akan kembali”. (Surah As-Syu’araa’: 227)

Kita sedang menyaksikan kemarahan rakyat dan beberapa tokoh di Amerika terhadap presidennya yang dipilih dalam pilihan raya yang lalu. Tunggu dan lihat siapa yang lebih berkuasa di antara demokrasi yang bertuhankan suara rakyat, berslogankan suaranya suara keramat mengikut aqidah demokrasi atau suara rakyat tenggelam di dalam timbunan duit yang ditunggu-tunggu tanpa mempedulikan kata-kata yang melabelkannya bodoh dan tidak bermoral.

Kita saksikan juga para ulama yang menyambung perjuangan para anbia di muka bumi tanah suci yang dimuliakan itu berwawasan Akhirat atau para ulama yang berwawasan dunia tanpa Akhirat walaupun menjilat sesiapa yang dimuliakan dan dimaha sucikan tanpa mengira apa sahaja dosa yang dilakukan dan perhitungan hak dan batilnya. Allah membandingkan mereka laksana anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya kerana sentiasa menghidu untuk mengisikan perut sepanjang masa. Firman Allah: 

ŁˆَŲ§ŲŖْŁ„ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ł†َŲØَŲ£َ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų¢ŲŖَŁŠْŁ†َŲ§Ł‡ُ Ų¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ†َŲ§ ŁَŲ§Ł†Ų³َŁ„َŲ®َ Ł…ِŁ†ْŁ‡َŲ§ ŁَŲ£َŲŖْŲØَŲ¹َŁ‡ُ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†ُ ŁَŁƒَŲ§Ł†َ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŲŗَŲ§ŁˆِŁŠŁ†َ (175) ŁˆَŁ„َŁˆْ Ų“ِŲ¦ْŁ†َŲ§ Ł„َŲ±َŁَŲ¹ْŁ†َŲ§Ł‡ُ ŲØِŁ‡َŲ§ ŁˆَŁ„َٰŁƒِŁ†َّŁ‡ُ Ų£َŲ®ْŁ„َŲÆَ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŲ§ŲŖَّŲØَŲ¹َ Ł‡َŁˆَŲ§Ł‡ُ ۚ ŁَŁ…َŲ«َŁ„ُŁ‡ُ ŁƒَŁ…َŲ«َŁ„ِ Ų§Ł„ْŁƒَŁ„ْŲØِ Ų„ِŁ† ŲŖَŲ­ْŁ…ِŁ„ْ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁŠَŁ„ْŁ‡َŲ«ْ Ų£َŁˆْ ŲŖَŲŖْŲ±ُŁƒْŁ‡ُ ŁŠَŁ„ْŁ‡َŲ« ۚ Ų°َّٰŁ„ِŁƒَ Ł…َŲ«َŁ„ُ Ų§Ł„ْŁ‚َŁˆْŁ…ِ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁƒَŲ°َّŲØُŁˆŲ§ ŲØِŲ¢ŁŠَŲ§ŲŖِŁ†َŲ§ ۚ ŁَŲ§Ł‚ْŲµُŲµِ Ų§Ł„ْŁ‚َŲµَŲµَ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁ‡ُŁ…ْ ŁŠَŲŖَŁَŁƒَّŲ±ُŁˆŁ†َ (176(

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka jadilah mereka dari kalangan orang-orang yang sesat. (175); Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, tetapi ia bermati-matian dengan bersikap cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya. Maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir” (176). (Surah Al-A’raaf: 175-176)

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Rabiul Awwal 1440 / 28 November 2018








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo