Banner yang dikeluarkan oleh Pendidik sebagai tanda solidariti sokongan terhadap kes Ustaz Adib |
Perbicaraan akhir bagi kes pembelaan Ustaz Muhammad Adib Bin Abd Halim ,seorang guru KAFA akan diteruskan lagi seperti ketetapan berikut :
Tarikh: 16 November 2018
Hari: Jumaat
Tempat: Tingkat 7, Mahkamah Majistret Kajang,Selangor Darul Ehsan.
Antara yang memberi sokongan moral kepada Ustaz Adib dalam kes perbicaraan sebelum ini. |
Beliau telah diheret ke mahkamah oleh ibu bapa yang tidak berpuas hati apabila guru ini menghukum anaknya yang enggan menunaikan Solat Asar di salah sebuah sekolah agama di Selangor.
Ustaz Adib telah diwakili oleh peguambela Encik Khairul Amin Bin Abdullah yang cukup berdedikasi bagi sepanjang perbicaraan kes ini berlangsung.
Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran 'Ustaz Adib ' sering diiringi oleh ibu bapanya yang tabah dan isteri beliau yang setia menanti sepanjang kes perbicaraan bagi pembelaan ini berlangsung.
Wakil NGO Pendidik memberikan sokongan moral kepada Ustaz Adib yang hadir bersama ibu bapa dan isteri serta peguambela pada 15 Oktober 2018 yang lalu |
Keputusan penuh di akhir kes pembelaan bagi Kes Ustaz Adib adalah pada hari Jumaat,16 November 2018,jam 10 pagi di Mahkamah Kajang,Selangor Darul Ehsan.
Sudah pasti tarikh ini dinanti dengan penuh debaran oleh semua pihak termasuk warga pendidik di seluruh Malaysia .
Saya selaku Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menyeru kepada semua warga pendidik,ibu bapa ,para ustaz dan ustazah serta NGO pendidikan agar teruskan bermunajat dan berdoa agar kemenangan berpihak kepada Ustaz Adib pada 16 November nanti.
Beliau akan dikenakan penjara selama 1 tahun atau bakal didenda sebanyak RM2000 jika keputusan adalah sebaliknya.
Semoga dunia perguruan dan pendidikan dapat diangkat dan dimartabatkan di tempat yang sewajarnya dalam persada pendidikan negara meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan dalam usaha mendidik anak bangsa. Semoga hasrat murni agar anak bangsa patuh kepada tuntutan hidup beragama sentiasa dalam keredhaanNYA .
Diharap apa yang berlaku kepada Ustaz Adib tidak akan melunturkan semangat warga pendidik yang lain untuk terus gigih mendidik anak bangsa dengan disiplin ,akhlak ,dan sahsiah terpuji agar menjadi insan yang berguna serta berbakti kepada agama,bangsa dan negara .
Setinggi -tinggi penghargaan bagi semua pihak yang telah membantu dan mendoakan meskipun dari kejauhan .
Atas keprihatinan dan segala pertolongan ,hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya..
Akhir kata,bait ungkapan madah ini sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik:
" Guru...
Sesungguhnya baktimu bak segunung intan ..
Budimu seluas lautan terbentang ..
Semoga Allah SWT terus merestui segala usaha murnimu..
Terima kasih Cikgu..."
Para dermawan dan penyumbang yang budiman dirayu agar sudi menghulurkan sumbangan ke akaun
Bank Islam di akaun nombor : 14210020129904 atas nama Muhammad Adib Bin Abd.Halim
untuk meringankan beban dan menjaga kebajikan beliau sepanjang tempoh perbicaraan ini berlangsung.
Bank Islam di akaun nombor : 14210020129904 atas nama Muhammad Adib Bin Abd.Halim
untuk meringankan beban dan menjaga kebajikan beliau sepanjang tempoh perbicaraan ini berlangsung.
Atas kemurahan hati tuan dan puan ,didoakan agar berbahagia di dunia dan di Akhirat serta hidup dalam keredhaanNYA.
Ameen Ya Rabb..
Pray For Ustaz Adib..
Teruskan berdoa..
Salam hormat:
Normala Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik)
13 November 2018.
No comments
Post a Comment