NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ICERD: Tanggungjawab rakyat pertahan Perlembagaan


BANGI, 15 Rabiulawal 1440H, Jumaat
– Menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan negara, kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Menerusi kenyataan ringkas di Twitter rasminya hari ini, Tunku Ismail berkata, setiap rakyat bertanggungjawab mempertahankannya, tidak kira sama ada Perlembagaan negeri atau negara.
"Saya secara peribadi percaya ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan.

Sama ada ia adalah Perlembagaan negeri atau pun negara.

"Menjadi liberal dalam pembangunan dan inovasi adalah bagus, tetapi kita tidak seharusnya lupa tradisi, warisan dan sejarah kita," katanya.

Tunku Ismail berkata demikian selepas ditanya salah seorang pengguna laman sosial Twitter mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

Seorang pengguna Twitter dengan nama, Tavamany bertanya kepada putera sulong Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu apakah tindakannya mengenai isu ICERD.



from Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb https://ift.tt/2OYxI6G

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo