Diterbitkan 13 Okt 2018, 10:11 pagi | Dikemaskini 13 Okt 2018, 10:47 pagi
Hujan renyai di Kampung Sawah kelihatan melembabkan kehadiran mengundi.
Ini membimbangkan ahli Dewan Undangan Negeri Chuah, Michael Yek.
"Saya bimbang kerana saya mahu calon kami (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menang dengan majoriti yang meyakinkan," katanya.
Sementara itu, Anwar belum tiba di sini meskipun aturcara yang dihantar kepada media sebelum ini menyenaraikn SK Sungai Sawah sebagai persinggahan pertamanya.
Seorang pekerja parti di sini kemudian berkongsi senarai lain dengan petugas media yang menunggu. Yang ini menyatakan bahawa Anwar berada di pusat pengundian yang lain, 30 minit jauhnya.
Panggilan ke pusat pengundian itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda keberadaan Anwar.
Kekeliruan itu membuat petugas media keliru dan tidak senang.
Peraturan jarak 50 meter
Sementara itu, sekumpulan kira-kira tiga puluh penyokong PAS yang berpakaian hijau berkumpul di SK Tanjong Kemang, dengan mengebarkan bendera parti.
Mereka memujuk pengundi yang lalu di situ supaya mengundi calon PAS Mohd Nazari Mohktar, dengan melaungkan "Sokong Bulan!", "Undi PAS!" dan "Undi Hijau!". Bulan penuh putih berlatar belakang hijau adalah logo part itu.
Tidak jauh dari situ, kelihatan sekumpulan kira-kira 20 penyokong Pakatan Harapan membawa bendera gabungan itu. Ada yang memakai baju-T dengan logo HARAPAN, manakala sesetengahnya memakai uniform dengan dengan logo PKR.
Kedua-dua pihak berada kurang dari 30m dari sekolah. Para penyokong sepatutnya berada sekurang-kurangnya 50m dari pusat mengundi.

No comments
Post a Comment