NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

POLITIK KACAU BILAU MAHATHIR... Salahkan PAS Lagi..!!!


24 jam ni kecoh bila seorang lepas seorang MP UMNO meninggalkan parti tersebut
Yang dicanang kepada umum adalah kononnya mereka tak bersetuju dengan kerjasama tidak formal UMNO dengan PAS.

 Salah PAS.. cybertrooper mereka dan PH kata. 

Tapi Allah Maha Kaya.  Dalam masa 24 jam ni juga MP UMNO Padang Besar Zahidi Zainul Abidin membongkar bahawa pelan kerjasama UMNO dengan PPBM telah beberapa bulan dibincang bersama oleh kedua dua parti. Sebelum ini dibongkarkan bahawa majoriti MP UMNO telah menandatangani dokumen membenarkan kepimpinan UMNO berbincang dengan parti parti diluar BN termasuk PH untuk kembali berkuasa bersama di Putrajaya. 

Zahidi Zainul juga mengakui UMNO terbahagi kepada mereka yang menyokong kerjasama dengan PPBM lawan mereka yang sokong kerjasama dengan Anwar dan PKR. Malah beliau mengaku yang PAS tidak begitu komited untuk kerjasama dengan UMNO secara terikat. 

Kenyataan beliau ini dah cukup untuk kita faham masalah dalaman yang sedang berlaku di dalam UMNO dan BN. Ia juga mengesahkan masalah dalaman PH di antara kem Mahathir lawan kem Anwar. Terserlah bahawa mereka semua masih berperang berebut kuasa dan ini lah sebab kenapa kerajaan Federal dan negeri pimpinan mereka nampaknya kurang berminat menyelesaikan masalah rakyat. Statement statement yang bercanggah antara satu sama lain dan provokasi melampau terutamanya terhadap Islam, hak Melayu dan Raja-raja Melayu hanyalah taktik smokescreen untuk cover fokus mereka sebenar yang masih berperang sesama sendiri berebut kuasa walaupun pilihanraya dah tamat.

Malah tidak mustahil provokasi provokasi mereka juga adalah untuk menimbulkan kacau bilau antara kaum dengan menaikkan kemarahan orang Islam terutamanya. 
Dan apabila rusuhan berlaku, mereka akan salahkan pihak lawan mereka, termasuk PAS dan menggunakan kuasa yang mereka ada untuk mengambil kuasa dan menghapuskan pihak lawan. 

Ini adalah taktik yang digunapakai oleh Mahathir, UMNO/BN  dan juga DAP dari semasa ke semasa.

 Daripada tragedi 13 Mei, darurat di Sarawak, kemudian di Kelantan dan juga di Sabah, kesan mainan tangan tangan mereka ada di merata tempat. Ia juga salah satu taktik yang digunakan oleh Soros dan geng New World Order beliau di serata dunia untuk menguasai satu satu negara. 
Fitnah, menyusup masuk menyamar dalam kem lawan, provokasi melampau dicampur aduk dengan rusuhan adalah taktik biasa mereka selain menyebarkan cerita palsu melalui media sosial. 
Mesir adalah contoh terbaik aplikasi taktik ini sewaktu mereka menjatuhkan Presiden Morsi daripada Muslim Brotherhood. 

Tetapi alhamdulillah tentera kita dikuasai oleh Agong dan Raja-raja Melayu. Dan majoriti orang Melayu Islam yang juga adalah kaum majoriti di dalam tentera, menolak PH.
 Taktik rusuhan mereka susah untuk dilakukan kerana ia mungkin memakan diri. Alhamdulillah juga PAS diberi pemimpin yang nampak pelan dan kepincangan mereka ini daripada awal.
 Sebab itu ramai mereka minta kita bersabar dan istiqamah dalam perjuangan. Kita taknak ambil jalan kekerasan. 

Sekarang juga jelaslah kenapa majoriti para pemimpin PAS seperti Tuan Guru Presiden Hadi Awang dan juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Hashim Jasin, menolak kerjasama formal dan terikat seperti Tahaluf bersama UMNO. Mereka lebih cenderung kepada kerjasama tidak formal yakni Ta'awun.
 Ia bukan soal kita hanya nak kerjasama dengan parti yang kuat. 
Ia tentang keikhlasan mereka yang nak kerjasama dengan kita, sama ada mereka sanggup berjuang untuk Islam memimpin, bukan dipimpin. 
Nampaknya mereka hanya nak kerjasama untuk dapatkan kembali kuasa di Putrajaya. 

PAS tidak perlu gopoh dan kalut nak kerjasama dengan mereka kononnya atas dasar menyatukan orang Islam dan Melayu. 
Penyatuan sebenar orang Islam adalah diperingkat bawahan dan masyarakat. Perebutan kuasa dan taktik kerjasama dengan kem Mahathir atau kem Anwar oleh para pemimpin UMNO juga tidak dipersetujui oleh majoriti ahli UMNO. Ramai yang bosan dengan taktik dan perang berterusan sebegini. 
Dan ini terbukti apabila Najib masih lagi mendapat sokongan majoriti ahli UMNO berbanding pemimpin UMNO lain. 
Bandingkan sahaja sokongan beliau oleh ahli biasa UMNO di sosial media berbanding pimpinan UMNO lain. Pemimpin UMNO baik kem Mahathir atau kem Anwar, seperti juga pemimpin PAN, nampaknya masih tak sedar akan fakta depan mata ini. 

Hakikatnya majoriti orang Melayu Islam menolak PH baik kem Mahathir atau Anwar.
 Ini terbukti sewaktu GE14 dan juga prk prk yang berlaku selepas itu. Lebih 75% orang Melayu Islam masih menyokong PAS atau UMNO.
 Dan hampir 5 bulan PH berkuasa, sokongan orang Melayu Islam yang sedikit itu kepada PH semakin berkurangan.

 Sebab itu Anwar sendiri memilih Port Dickson, kawasan majoriti bukan Melayu Islam untuk kembali ke Parlimen. 

Bila kita faham akan hakikat ini, adakah ahli UMNO akan terus menyokong pemimpin UMNO yang bekerjasama dengan kem Mahathir atau kem Anwar? Jawapannya tentu tidak. Jika tiada pemimpin UMNO yang berjaya meneruskan perjuangan parti tersebut mengikut kehendak ahli, tapi berdegil ikut kehendak nafsu kuasa seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, atau UMNO dibubarkan, tidak mustahil majoriti ahli UMNO akan have no choice but to sokong PAS sebagai satu satunya parti yang ikhlas berjuang untuk Islam. Inilah peluang kepada kita untuk menguatkan parti. 

Tetapi syaratnya ialah kita mesti kekal sabar dan istiqamah dalam perjuangan. Kita tidak boleh goyah dengan godaan kuasa di Putrajaya, atas alasan kononnya menyatupadukan orang Melayu Islam. Biarlah kita kekal blok ketiga sekalipun.
 Fahamilah dasar perjuangan kita, dan fahamilah juga akan taktik taktik tentera dajal dalam percaturan politik dunia di era akhir zaman ini. Malaysia tidak kebal terhadap rancangan mereka dan politik dunia. 

Ingat, sama ada UMNO hidup atau mati, penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN bukan kerana namanya sahaja tetapi budaya politik yang dibawa oleh mereka. 
Tak ada gunanya nama parti ialah PKR, PAN, PPBM atau DAP sekalipun, jika parti parti ini masih mengamalkan budaya politik yang sama. 
Dan sekarang jelaslah budaya politik PH ialah serupa budaya politik UMNO/BN. 

PH = BN. 

Oleh itu yang penting sebenarnya adalah rebut sokongan rakyat, bukan rebut sokongan pemimpin. 

Tingkatkan usaha, perbaikkan kerja, ikhlas berjuang, selalu berdoa, istiqamah dengan Islam dan insha'Allah kita akan menuju kejayaan. 
Tidak di dunia, di akhirat. Dan ingatlah kemenangan hakiki adalah di akhirat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo