NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mufti Terkejut Jadi ALP MSNT



KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu melantik Mufti Negeri, Dato' Dr Haji Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk perubahan Islamis secara 'tertib'. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia,  Sukan dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,  menjadi harapan kerajaan agar mufti dapat bekerjasama membuat perubahan itu dalam arena sukan negeri. 

"Sohibus Samahah Dato Mufti Terengganu agak terkejut apabila saya melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu sebaik saya diamanahkan menjadi Pengerusi Portfolio Pembangunan Belia, Sukan dan Ngo.

"Saya mahu Dato Mufti bersama saya untuk kita lakukan perubahan membawa Sukan Terengganu bersesuaian dengan dasar Islam kerajaan baru Terengganu, " katanya di status facebook beliau mengulas perkembangan positif kehadiran mufti sebagai warga MSNT. 

Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memberi jaminan bahawa beliau akan lakukannya secara "tertib terning" dan tidak gopoh.

"Alhamdulillah Dato Mufti bersetuju dan gembira dengan pendirian itu, " jelasnya. 

Beliau berkata, ramai yang mengharapkan perubahan dalam Sukan sama ada jenis sukan mahupun penampilan para atlet  lelaki mahupun perempuan. 

"Itu juga yang saya dan Kerajaan kita mahukan, tapi semua itu tidak boleh kita lakukan seperti memetik suis lampu. Kita bukan menguruskan robot tapi manusia.

"Sebab itu apabila ada atlet wanita kita yang menjuarai sekaligus memecah Rekod SUKMA Larian 100 Meter dengan penampilan yang 'totally' berbeza dengan yang lain maka kita raikannya dalam erti kata kita sangat menghargai kesanggupannya untuk berbeza penampilan dengan saingannya yang lain, " ujarnya. 

Katanya, ini sekaligus memberi signal bahawa dengan penampilan begitu pun masih boleh menang kerana yang penting ialah kelajuannya bukan pakaiannya. 

"Kita harus memberi semangat kepadanya bukan memberi kata kata negatif seperti " itu bukannya menutup aurat yang sebenar" , "itu sekadar menutup urat", dan banyak lagi kata kata yang tidak membina, " katanya. 

Beliau bimbang kata kata itu akan melemahkan semangat yang lain untuk turut mencontohinya. 

"Insya Allah saya bersama YB Ustaz Hishamuddin dan Dato Mufti serta Pengarah MSNT juga yang lain akan kita lakukan perubahan dengan sebaik mungkin.

"Kita Pendakwah harus lakukan seruan dengan baik bersama alternatif dan bukannya memperlekeh atau sinis, " jelas beliau lagi. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo